BudayaGaya HidupHiburan

Budaya Pengebumian Afrika Di Sebalik Video Viral Tarian Keranda

Di Afrika, khidmat pembawa keranda sinonim dengan keseronokan dan ketawa semasa upacara pengebumian. Mereka membawa keranda dalam pakaian seragam dan menari secara serentak seperti acara yang menyeronokkan.

Dalam tempoh kuarantin ini, netizen telah memuat naik video tarian keranda ini dan menyertakan dengan kapsyen lucu. Video tarian keranda itu kemudian tular dan menjadi meme kegemaran di Twitter, Facebook, TikTok dan pelbagai lagi media sosial semasa kuarantin.

Ketika viral, orang menggunakan video tersebut untuk meningkatkan kesedaran supaya orang ramai kekal di rumah semasa tempoh sekatan pergerakan.

Meme lucu yang tertulis ‘Duduk di rumah atau kami akan menari di pengebumian anda’ sedang dikongsi secara meluas di media sosial selain beberapa video lucu lain yang disunting dengan video tarian keranda itu.

Funeral Dancers For Hire Are In Demand In Ghana

Di Afrika, ramai orang menghadiri upacara pengebumian hanya untuk melihat para pengubur ini. Menurut BBC Africa, acara itu adalah untuk menggembirakan peristiwa yang menyedihkan.

Pembawa keranda, biasanya seramai enam orang, akan mengusung keranda dan menari dalam langkah yang diselaraskan. Mereka mengusung keranda di atas belakang, berpusing-pusing dan bahkan berpura-pura menjatuhkan keranda.

Namun, para penari ini tidak menari mengikut rentak muzik mengikut kehendak mereka, sebaliknya mereka diupah oleh ahli keluarga si mati. Tradisi yang baru dijumpai di Ghana ini adalah untuk menghantar orang tersayang dengan penuh gaya.

Ia bermula sekurang-kurangnya tujuh tahun yang lalu dan semakin popular di Afrika. Benjamin Aidoo, yang mengetuai kumpulan penari keranda mengatakan bahawa, “Saya memutuskan untuk menambahkan koreografi, jadi jika pelanggan datang kepada kami, kami hanya bertanya kepada mereka ÔÇťAdakah anda mahukannya serius atau anda mahukan sedikit paparan? Atau mungkin anda mahukan sedikit koreografi?'”

Harga untuk perkhidmatan berbeza-beza bergantung pada jenis upacara, yang boleh berlangsung antara tiga hingga tujuh hari. Rata-rata, biasanya sekitar 13,000 cedis – mata wang Ghana. Walau bagaimanapun, angka itu mungkin lebih tinggi.

Pada tahun 2015, blogger Amerika Follow My Braids menulis bahawa rombongan itu telah membuat persembahan di pengkebumian ibu mertuanya. Dia menulis, pengebumian yang indah ini berlangsung selama tiga hari yang panjang dan sangat bernilai bagi seorang ibu, ratu yang menghiasi bumi ini selama 96 tahun.

“Menyaksikan penari keranda menari adalah pengalaman yang mengasyikkan. Saya sangat gembira kerana dapat menyaksikan sendiri persembahan ini. Saya benar-benar menikmati bakat dan kekuatan hebat para pemuda ini.”

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close