BudayaGaya Hidup

Bagaimana Sang Buaya Ganas Boleh Menjadi Haiwan Peliharaan Mereka?

Di sebuah penempatan yang terletak persisir sungai Nile, Mesir seekor buaya dilihat berada di atas bahu Mamdouh Hassan untuk menakjubkan para pelancong yang datang.

Reptilia ini merupakan sumber pendapatan bagi mereka kaum minoriti yang tinggal di daerah Nubia.

 

Pelancong Pasti Takjub Dengan Jinaknya Buaya Di Sini

Kalau para pelancong datang pasti akan takjub dengan betapa jinaknya haiwan reptilia yang dikenali sebagai haiwan yang ganas dan karnivor itu.

Namun selain daripada menjadi pembawa rezeki kepada penduduk di situ, buaya juga memainkan peranan penting dalam kebudayaan etnik Nubia ini.

Di Gharb Soheil, sebuah perkampungan Nubia berdekatan Aswan, di hadapan rumah mereka akan ada sebuah replika buaya untuk menunjukkan bahawa mereka menyimpan buaya sebagai haiwan peliharaan.

Replika buaya menunjukkan rumah ini menyimpan buaya sebagai haiwan peliharaan, Sumber Imej: 24Newshd

Di rumah salah satu penduduk perkampungan itu, Hasssan memiliki seekor buaya berukuran 1.5 meter yang berusia 15 tahun yang dinamakannya Francesca.

“Saya telah membesarkannya sejak dia lahir,” kata pemiliknya yang berusia 45 tahun.

“Dia makan ikan, daging dan juga ayam,” ujar Hassan.

 

 

Mengapa Buaya Menjadi Haiwan Peliharaan Etnik Minoriti Ini?

Semuanya ini sebenarnya bermula apabila presiden Gamal Abdel Nasser memegang tampuk pemerintahan yang telah membina empangan Aswan di atas tanah orang Nubia.

Apabila paras air di tasik Nasser meningkat di tahun 1964, 44 perkampungan orang Nubia dilanda banjir dan Nasser tidak memenuhi janjinya untuk memberi pampasan kepada warga untuk memberikan tanah baharu yang terjejas banjir.

Sekitar 50,000 orang Nubia terpaksa berpindah ke perkampungan terdekat di Kom Ombo dan Aswan.

Disebabkan itu, memelihara buaya menjadi cara mereka untuk memperoleh pendapatan dan mempromosikan warisan mereka.

 

Cara Menjinakkan Buaya Diturunkan Daripada Ayah

Hassan mempelajari cara untuk menjinakkan buaya daripada ayahnya.

Selfie bersama buaya di rumah Hassan. Sumber Imej: New Age

“Ayah saya merupakan antara orang pertama di perkampungan Nubia untuk mempelopori idea memelihara buaya sebagai haiwan peliharaan untuk menarik pelancong datang,” cerita Hassan kepada AFP.

Francesca menjadi bintang di kampung ini kata Hassan. Namanya itu diambil daripada seorang pelancong Itali yang datang ke situ dan mempunyai peribadi yang ceria.

Para pelancong selalunya akan mengambil ‘selfie’ dengan buaya jinak di perkampungan tersebut sambil mendengar kisah turun-temurun hubungan orang Nubia dengan buaya tersebut.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close