Gaya HidupPercutian

Jelajah Malaysia: Kawasan Tersembunyi Yang Menarik Di Perak

Untuk orang yang suka berjalan dan menjelajah tempat baharu pasti tak sabar dengan berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Bagi yang masih berfikir ke mana destinasi seterusnya setelah Covid-19 ini berakhir, bolehlah cuba fikirkan untuk cuti-cuti di destinasi tempatan.

Terdapat pelbagai tempat menarik yang tidak begitu popular tetapi sangat menarik untuk dilawati kata seorang blogger makanan dan jalan-jalan, Emily Lowe.

 

Kota Raja Bersiong Terdapat Di Perak

“Di Selama, 120km daripada Ipoh terdapat sebuah perigi besar di Kampung Bagan Baharu dan juga Kota Raja Bersiong di Ijok yang dikatakan merupakan tempat bersembunyi seorang raja yang terkenal dengan kezalimannya pada satu ketika dahulu,” katanya kepada TheStar.

Bagi peminat fotografi, penjelajahan ke Chui Chak berdekatan Teluk Intan atau Kampung Coldstream di Bidor menyajikan pemandangan alam yang luar biasa.

Sawah padi di Chui Chak. Sumber Imej: flickr.com/photos/yunusmalik

“Chui Chak mempunyai sawah padi seperti di Sekinchan dan mendekati musim tuai, sawah tersebut akan berwarna coklat keemasan yang sangat memukau.

“Di Kampung Coldstream pula, terdapat kawasan lombong yang sudah tidak digunakan lagi tetapi menjadi kawasan singgahan burung berhijrah dan juga beberapa kebun buah di situ,” kongsi Lowe.

 

Rasai Kehidupan Nelayan & Menikmati Makanan Laut Segar

Menurut Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Perak, Roselyn Lim, pelancong boleh merasai kehidupan sebagai nelayan apabila mereka melawati Kuala Gula di Bagan Serai.

Resort Kawasan Pelindungan Burung di Kuala Gula. Sumber Imej: Agoda

“Mereka boleh merasai pelayaran sungai untuk melihat nelayan menangkap ikan dan membiak kerang. Selain itu pelancong boleh menyaji makanan laut yang segar serta melawat ketam lembut dan juga pengilangan belacan,” katanya.

Selain di Kuala Gula, sebuah perkampungan di Pantai Remis juga memiliki keunikan tersendiri dengan kuil lama daripada komuniti Hokkien dan Teochew.

Setelah itu pelancong boleh melawat tempat perlindungan penyu yang terletak 20 minit daripada Pantai Remis.

Di Ipoh, anda boleh menyewa basikal dan mengelilingi bandar serta menikmati pemandangan sekitar sungai Kinta.

Bagi yang minat dengan sejarah, negeri Perak juga banyak tempat menarik untuk dilawati. Tonton video di ToodiaTivi untuk ketahui lebih lanjut.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close