Gaya Hidup

Kediaman Modular Sesuai Untuk ‘Work From Home’

Sebuah syarikat arkitek, Woods Bagot mengambil peluang ‘work from home’ bagi menghasil sebuah kediaman pelbagai guna yang sesuai berdasarkan situasi di dunia kini.

Satu rekaan kediaman berkonsep modular AD-APT yang direka ini mampu menyusun atur ruang di dalam rumah mengikut kegunaan dengan hanya menolak rekaan dinding.

Terdapat 3 susun atur utama yang diperkenalkan melalui rekaan ini iaitu Day Mode, Night Mode dan Play Mode.

Day Mode adalah susun atur yang mempunyai 2 ruang iaitu ruang bekerja dan ruang tamu yang biasa dilihat.

Apabila malam, Night Mode akan menukarkan ruang kerja menjadi tempat tidur serta memberikan satu lagi ruang tidur di belakang.

Play Mode pula adalah ruang besar dengan menutup ruang-ruang lain bagi menghasilkan ruang aktiviti seperti perjumpaan atau parti kecil.

Sungguhpun begitu, bilik-bilik lain seperti bilik air, dapur, malah stor turut disediakan disudut-sudut rumah untuk kegunaan yang sepatutnya.

Menerusi rekaan ini, ia amat sesuat untuk kediaman apartment cukup dengan ruang kerja dengan menghasilkan sebuah ruang yang besar dan hanya dipisahkan dengan dinding-dinding boleh ubah.

Apakah pendapat anda? Adakah ia cukup praktikal ataupun ia melecehkan untuk mengalih perabot?

https://www.dezeen.com

Show More

Related Articles

Back to top button