SukanTeknologi

FAM Anjur Bola Sepak Dalam Talian Esok!

Kejohanan Malaysia National eChallenge yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama daripada Persatuan Esports Kuala Lumpur (ESKL) dan GamesBond selain disokong Esports Malaysia (ESM) akan berlangsung selama sehari esok, Jumaat 17 April 2020.

Hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 selain peluang beraksi ke kejohanan sukan elektronik (Esports) antarabangsa menjadi tarikan pada edisi sulung kejohanan tersebut.

 

Juara Bakal Berganding Dengan Pemain Bola Sepak Kebangsaan Mewakili Malaysia

FAM menjelaskan bahawa juara kejohanan berkenaan akan berganding bersama seorang pemain bola sepak kebangsaan bagi mewakili Malaysia ke Kejohanan Sukan Elektronik Antarabangsa, iaitu FIFA eNations Stay & Play Cup yang bakal diadakan pada 21 April ini.

Badan induk itu mendedahkan kejohanan berkenaan terpaksa dilangsungkan dari kediaman masing-masing bermula dari jam 11 pagi hingga 10 malam memandangkan seluruh dunia sedang berdepan pandemik Covif-19, selain kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April ini.

Mereka yang berminat boleh mengisi borang penyertaan dalam laman sesawang kejohanan; https://bit.ly/2XF9AxI.

 

Esports KL FIFA 20: Stay Home & Play Online Challenge

Sebelum itu Gamesbond dan Living Mind bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menganjurkan Esports KL FIFA 20: Stay Home & Play Online Challenge bagi mengelakkan orang ramai terutama anak muda ‘ke sana, ke sini’ dan mengisi masa terluang peminat esports terutamanya FIFA20.

Pembabitan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengangkat aspirasi anak muda dan mengiktiraf esukan sebagai satu sukan yang dinamik dalam membantu negara khususnya para peminat serta penggiat bidang ini untuk mengekalkan minda yang aktif.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Annuar Musa dan Menara KL kerana pembabitan mereka dalam penganjuran kejohanan ini,” kata Presidennya, Hisham Darus.

Perlawanan ini merupakan kesinambungan penganjuran Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Persatuan Sukan Eletronik Malaysia (ESM) yang dilancarkan baru-baru ini.

“Dengan itu ESKL berterima kasih kepada FAM, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan kerana mengiktiraf penganjuran ini dan juga turut tidak mahu ketinggalan untuk bantu belia yang sedang mematuhi PKP selepas ia disambung sehingga 28 April depan,” kata Hisham.

 

Hadiah Terkumpul RM5000

Kejohanan FIFA20 kategori konsol ini dijangka akan menarik minat jumlah penyertaan dari 500 hingga 1,000 peserta dan mereka yang berminat dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM10.

Selain hadiah terkumpul sebanyak RM5,000 pemenang juga akan membawa pulang barangan eksklusif FAM dan tiket masuk ke Menara KL.

Ia akan berlangsung dari 18 hingga 22 April dengan aksi peserta mampu ditonton di laman media sosial, Gamesbond dan ESKL secara langsung.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Gamesbond di talian +6013 281 3963 dan +6012 517 9320 atau emel ke gamesbond.kd@gmail.com

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close