Gaya HidupTeknologi

Tesco Sediakan Perkhidmatan Pesanan Melalui WhatsApp Mempercepatkan Urusan Pembelian

Bagi mempercepatkan proses membeli belah dan mengurangkan pengunjung ke pasar raya, Tesco telah mengambil inisiatif mengambil pesanan melalui aplikasi WhatsApp.

Tesco ‘Order & Collect’ adalah satu cara bagi memudahkan pelanggan dalam proses membeli dan mengambil belian di pasaraya tersebut.

Caranya adalah pelanggan akan membuat pesanan melalui aplikasi WhatsApp ke cawangan Tesco yang berhampiran.

Kemudian pihak Tesco akan mengesah dan mengumpul pesanan; seterusnya menghantar mesej tetapan pungutan barang bersama kod bar jumlah harga menggunakan aplikasi WhatsApp yang sama.

Pelanggan kemudian akan mengambil barangan di cawangan yang dipilih dan bayaran akan dibuat berdasarkan kod bar yang diberikan.

Sungguhpun begitu, pihak Tesco menyatakan mereka hanya boleh mengambil 100 pesanan sehari dengan maksimum 25 barang. Pesanan boleh dibuat dari 8 pagi hingga 4 petang setiap hari dan pelanggan boleh mengambil barang sebelum 6 petang pada hari yang sama.

Menurut Tesco, sebanyak 53 dari 60 cawangan Tesco di seluruh Malaysia yang melaksanakan perkhidmatan ini.

Selain itu, Tesco akan terus mengekalkan perkhidmatan Tesco’s Scan & Shop yang sedia ada bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pembelian para pengguna.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close