Gaya HidupKesihatan

10 Tips Untuk Elak Jadi Mangsa Penderaan Di Rumah

Menurut laporan, terdapat peningkatan sebanyak 57% kes penderaan di rumah yang diterima oleh Talian Kasih sewaktu tempoh PKP dijalankan.

Rumah Tidak Selamat Sewaktu PKP Bagi Segelintir Masyarakat

Ketika seluruh rakyat Malaysia diminta untuk duduk dirumah untuk mengelak daripada terkena jangkitan wabak Covid-19 namun rumah bukan tempat yang selamat untuk segelintir orang.

Waktu PKP ini adalah waktu sukar jika seseorang itu menjadi mangsa penderaan di rumah apabila dipaksa berada di rumah bersama pendera dan tidak ada jalan keluar untuk mereka.

Apatah lagi apabila di dalam keadan yang tertekan sebegini, kelakuan agresif orang yang mendera akan lebih meningkat daripada kadar biasa.

Tips Untuk Mangsa Dera

Jika anda merupakan salah satu mangsa daripada mangsa penderaan ini, Pusat Maklumat Keganasan Domestik Amerika Syarikat berkongsi beberapa perkara yang boleh membantu anda untuk selamat daripada menjadi mangsa dera.

1. Percayakan naluri diri. Lakukan apa yang anda boleh lakukan untuk melindungi diri daripada bahaya.

2. Adakan sebuah bilik selamat untuk anda dan anak-anak. Contohnya bilik tidur. Pastikan bilik tersebut mempunyai pintu yang kuat dan boleh dikunci.

3. Pastikan anda berada berdekatan dengan kawasan yang mudah untuk keluar. Pastikan pendera tidak akan menjadi penghalang di antara pintu keluar tersebut. Sebagai contoh, jika anda berada di dapur dan pendera dalam keadaan marah memasuki dapur, pastikan anda beredar daripada dapur dengan segera untuk mengelak dia mencapai barang berbahaya di dapur.

4. Jangan berlari ke arah anak kerana pendera mungkin akan melibatkan anak dan mereka turut menjadi mangsa. Beritahu anak apa yang mereka perlu lakukan sekiranya “ayah mengamuk”. Sebagai contoh ajar mereka untuk berada di bilik dan kunci pintu.

5. Kenali daerah selamat di rumah. Elak berada di bilik yang mempunyai pisau, gunting atau objek tajam seperti di dapur atau bilik tidur.

6. Jika anda mampu, miliki telefon kecemasan tersorok dibahagian selamat rumah

7. Beritahu jiran yang boleh dipercayai jika mereka dengar atau lihat sesuatu yang tidak betul, bantu hubungi pihak polis.

8. Reka kod rahsia bersama anak, rakan atau keluarga supaya mereka tahu anda berada dalam keadaan terdesak dan inginkan bantuan. Sebagai contoh jika anda tetapkan perkataan rahsia seperti “Mask 19” kepada jiran, atau ahli keluarga, mereka akan segera tahu bahawa anda berada dalam masalah dan perlukan bantuan sewaktu dihubungi dan berkata “Tolong belikan saya ‘mask 19’ bila anda ke farmasi hari ini”.

9. Elak memakai rantai panjang ataupun apa-apa aksesori yang boleh menyebabkan anda bergelut dan tercekik.

10. Jika anda berada dalam situasi yang tidak dapat dielak, melengkung seperti bola dan lindungi muka serta kepala dengan meletakkan lengan pada pada sisi kepala dengan jari terjalin antara satu sama lain.

Jika anda bukan orang yang terlibat dalam keadaan sebegini tetapi melihat ada kenalan yang mengalami masalah seperti ini, bantulah mereka. Kadangkala mereka buntu cara untuk dapatkan bantuan.

Sama-sama kita bantu satu sama lain. #KitaJagaKita

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close