AntarabangsaIsu Semasa

Sambut Hari Lahir Di Udara, Lelaki Terjatuh Dari Jet Pejuang Pada 2,500 Kaki

Satu kejutan untuk menyambut hari lahir di pangkalan udara menyebabkan seorang lelaki Perancis yang berumur 64 rasa sangat tertekan sehingga terjun dari jet pejuang di tengah-tengah udara dengan menekan butang keluar dalam keadaan panik dan mendarat di padang.

Lelaki itu telah dikejutkan oleh rakan-rakan pekerja di firmanya, yang telah menganjurkan joyride dalam jet Dassault Rafale B untuknya.

Tetapi mereka nampaknya tidak mengenali lelaki terbabit seperti yang disangka. Apabila lelaki itu tiba di pangkalan udara Saint-Dizier di timur laut Perancis pada bulan Mac 2019 dan menyedari apa yang telah diatur oleh rakan-rakannya, dia mula merasa sangat tertekan, menurut laporan kemalangan penerbangan yang agak luar biasa oleh sebuah agensi kerajaan Perancis.

64-year-old man accidentally ejects himself from a Rafale fighter ...

Lelaki yang tidak dinamakan itu tidak pernah menyatakan keinginan untuk terbang dalam jet pejuang dan tidak mempunyai pengalaman penerbangan ketenteraan sebelumnya, penyelidik melaporkan.

Dan berkat jam tangan yang dapat mengukur denyutan jantung yang dipakai lelaki itu, para penyiasat melihat bahawa jantungnya mengalami Tachycardia (denyutan jantung yang terlalu cepat dan juga dikenali sebagai debaran) sebelum penerbangan, dengan denyutan jantung yang dicatat antara 136 hingga 142 denyut per minit.

Tetapi lelaki itu masih menaiki penerbangan dalam jet pejuang latihan dengan kapisiti tiga orang, sebagai penumpang. Rafale B digunakan oleh angkatan udara Perancis dan mempunyai kelajuan maksimum hampir 1,400 kilometer sejam (870 batu sejam).

Ketika jet berada 2,500 kaki dari darat dan juruterbang mula naik, lelaki terbabit mula panik dan mencari sesuatu untuk dipegang.

Malangnya, dia memegang pelenting butang tempat duduk dan lelaki berusia 64 tahun itu jatuh dari jet pejuang yang dinaiki.

Lebih teruk lagi, dia tidak memakai topi keledar dengan betul yang kemudiannya terbang di tengah-tengah udara.

Nasib baik, lelaki itu tidak mengalami kecederaan parah selepas mendarat dengan payung terjun di padang berhampiran sempadan Jerman.

Penyiasat menyimpulkan bahawa kesilapan itu disebabkan oleh tindakan refleks, yang disebabkan oleh tekanan dan pergerakan tiba-tiba jet.

Juruterbang jet itu bagaimanapun tidak terjun sama dan berjaya mendarat dengan selamat, walaupun mengalami beberapa kecederaan muka ringan kerana mengalami kesukaran mendarat.

Sementara itu, penumpang malang itu dibawa ke sebuah hospital berdekatan setelah penerbangan yang tidak dijangka pada hari lahirnya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close