Teknologi

CD Projekt Red Yakin Cyberpunk 2077 Akan Tetap Dilancarkan September Ini

Pembangun CD Projekt Red yakin yakin pembangunan dan tarikh pelancaran Cyberpunk 2077 tidak akan terjejas dengan pandemik Covid-19 yang melanda kini.

Presiden syarikat tersebut, Adam Kiciński menjelaskan baru-baru ini bahawa pasukannya telah pun ‘bekerja di rumah’ sejak pertengahan Mac lalu.

Tindakan ini diambil bagi mengambil langkah berjaga-jaga dan CD Projekt Red memberi jaminan kemajuan permainan itu berjalan mengikut jadual.

“Matlamat kami tidak berubah; pertama sekali kami merancang untuk melancarkan Cyberpunk 2077 pada September ini,” jelas Kiciński.

“Kami sangat bermotivasi dan mempunyai peralatan yang sepatutnya untuk mencapai matlamat ini. Kami juga percaya bahawa strategi jangka panjang kami untuk mengelakkan hutang dan mengumpul rizab tunai menjadikan kami bersedia untuk menghadapi segala kesusahan yang mungkin berlaku semasa masa-masa yang bermasalah ini.”

Beberapa permainan video popular yang sepatutnya dijadualkan akan dilancarkan mengikut tarikhnya terpaksa ditunda seperti The Last of Us Part 2 dan Marvel’s Iron Man VR berikutan pandemik ini.

Penghantaran permainan Final Fantasy VII Remake dan Resident Evil 3 juga mempunyai beberapa kesulitan manakala syarikat Nintendo juga dilaporkan tidak menerima mana-mana tempah untuk konsol Nintendo Switch buat masa ini kerana tidak dapat menepati tempahan.

Sebelum Cyberpunk 2077 pernah menunda pelancarannya pada yang sepatutnya dijadualkan April 2020, namun mengambil langkah menundanya untuk memperbaiki dan meneliti lebih mendalami isu teknikal permainan tersebut sebelum dikeluarkan.

Cyberpunk 2077 dijadualkan akan dilancarkan pada 17 September 2020 untuk PC, PlayStation 4, Xbox One dan Google Stadia.

 

sumber: videogamer.com

Show More

Related Articles

Back to top button