Bisnes & Ekonomi

Kolaborasi Antara Perniagaan Tradisional & Perniagaan Sosial Memberi Impak Yang Lebih Baik

Law Hong Mei, pengasas The Olive Tree, sebuah jenama kulit dan rambut alami Malaysia selalu mencari kesempatan untuk berkolaborasi dengan pihak lain untuk berkongsi nilai murni syarikatnya serta pengaruh positif kepada masyarakat.

Law, Pengasas The Olive Tree, Sumber Imej:The Star

 

Kolaborasi Dengan Perniagaan Yang Memberi Pendidikan Kepada Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

Pada tahun 2019, Law melihat angpow batik yang boleh diguna semula serta mampan yang dijahit oleh pelajar sebuah perniagaan sosial, sew X Dignity, sebuah perniagaan di bawah Dignity for Children Foundation yang memberi pendidikan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di bandar seperti kanak-kanak pelarian.

“Saya sangat kagum dengan inisiatif yang hebat ini dan ia sangat inovatif serta sangat sesuai dengan pasaran,” kata Law.

Ini telah membuat syarikat miliknya berkolaborasi dengan sew X Dignity untuk sambutan perayaan Hari Krismas yang lepas dengan menghasilkan kain furoshiki dan dompet perjalanan.

 

Memastikan Bayaran adalah Adil, Sesuai Dengan Pekerjaan Berkualiti Tinggi

“Saya memilih sew X Dignity kerana mereka telah melakukan pelbagai insiatif untuk memberi sokongan yang betul, latihan dari awal hingga akhir dan tempat kerja yang selamat untuk mereka yang kurang bernasih baik,” kata Law yang juga seorang ibu kepada dua cahaya mata.

“Kami bukan sahaja telah membuka peluang pekerjaan kepada pelarian yang boleh menggunakan kemahiran mereka dalam menjahit serta meniaga tetapi kami memastikan mereka dibayar pada kadar yang adil dengan pekerjaan mereka yang teliti.”

 

Kisah Pelarian Yang Bekerjasama Dengan Syarikat Tradisional

Pada tahun 2012 apabila Maia Gewa (bukan nama sebenar untuk melindungi privasi diri) berusia 13 tahun, ibubapa dan juga tiga adik-beradiknya meninggalkan Myanmar untuk mencari kehidupan yang lebih baik dan tiba di Malaysia.

Maia yang kini berusia 20 tahun merupakan seorang pelarian daripada etnik Zomi di Myanmar. Dia belajar menjahit di sew x Dignity selama setahun dan telah menjahit Furoshiki serta dompet untuk The Olive Tree.

Maia mengambil upah menjahit sebanyak RM1.20 untuk setiap kain Furoshiki dan RM4 untuk setiap dompet.

Antara hasil jahitan kain Furoshiki oleh sew X Dignity yang berkolaborasi dengan The OliveTree. Sumber Imej: TheStar

Dengan pendapatan yang didapatinya, dia menyumbang kepada gereja dan bantu ibubapanya untuk perbelanjaan rumah dan juga yuran sekolah adiknya.

“Pada masa sekarang, menimba pengalaman adalah lebih pentinga daripada mendapatkan want kerana saya mahu meningkatkan kemahiran diri. Saya sangat bersyukur dengan The Olive Tree kerana memberi kami pekerjaan supaya saya boleh menjana pendapatan dan meraih lebih banyak ilmu.

“Saya berharap saya boleh tinggal di sebuah negara yang boleh memberikan lebih kebebasan dan bercita-cita untuk memiliki syarikat saya sendiri untuk membuka lapangan kerja dan bantu ibubapa saya dengan lebih baik,” kata Maia.

 

Menghormati Kepelbagaian & Memberi Peluang Sama Rata Harus Ada Pada Setiap Syarikat

Law, 45 tahun berkata nilai utama jenamanya ialah untuk menghormati kepelbagaian dan memberi peluang sama rata untuk semua orang tidak mengira latar belakang.

Pada tahun 2018, Law juga telah bekerjasama dengan Hope for Pakistani Refugees (HOPE), sebuah organisasi berdaftar dengan UNHCR yang membuat dompet dengan sentuhan budaya Pakistan.

Di tahun 2019 pula Nysakapas x The Olive Tree telah melihat kerjasama dengan Nysakapas, sebuah inisiatif batik yang berpangkalan di Kuala Terengganu yang mahu membangkitkan semangat seni tradisional batik blok.

“Ia sebenarnya mengambil kos yang lebih tinggi untuk berkolaborasi dengan NGO tetapi kami pilih untuk melakukannya kerana objektig kami ialah untuk membayar pekerja pada kadar yang sepatutnya dan pada masa sama menyokong organisasi supaya lebih ramai orang boleh mendapatkan manfaat daripada pekerjaan yang dilakukan,” ujar Law kepada TheStar.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close