Hiburan

Bagaimana Lady Gaga Mengendalikan COVID-19 Lebih Baik Dari Presiden AS

Selebriti di seluruh dunia sedang membantu memerangi pandemik coronavirus dalam pelbagai cara. Ada yang memperuntukkan wang dan ada yang mendermakan topeng untuk menyokong kakitangan perubatan. Tetapi tiada sesiapa yang melakukannya seperti Lady Gaga.

Minggu ini, bintang pop berusia 34 tahun itu mengumumkan kerjasama dengan pertubuhan festival muzik, Global Citizen untuk mengadakan konsert maya pada 18 April untuk memberi manfaat kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

BACA: Jumlah Kematian Semakin Meningkat, Kepimpinan Donald Trump Dipersoal

Konsert kuarantin itu akan melibatkan persembahan dari Lady Gaga sendiri dan ramai lagi bintang terkenal seperti Chris Martin dari Coldplay, Stevie Wonder, Paul McCartney, Elton John, Billie Eilish dan abangnya Finneas, Lizzo, J Balvin, Billie Joe Armstrong dari Green Day, Alanis Morissette, Burna Boy, Andrea Bocelli, Eddie Vedder dari Pearl Jam, John Legend, Kacey Musgraves, Keith Urban dan Lang Lang.

Pertunjukan langsung yang diberi nama “One World: Together at Home” akan dapat ditonton secara percuma dan ketika Lady Gaga mengumumkan konsert itu, dia telah mengumpul dana berjumlah $35 juta (RM152.2 juta) untuk bantuan COVID-19 hanya dalam masa tujuh hari.

Gaga berkata wang yang dikumpul akan membantu membeli alat perlindungan yang sangat diperlukan oleh pekerja kesihatan, meningkatkan keupayaan makmal dan penyelidikan serta pembangunan selanjutnya untuk vaksin untuk merawat coronavirus baru itu.

Lady Gaga tampaknya sedang menumpukan seluruh usahanya untuk memerangi COVID-19, bahkan sanggup menunda pengeluaran album terbarunya, “CHROMATICA” yang pada awalnya dijadualkan keluar pada 10 April lalu.

“Rasanya tidak elok bagi saya untuk mengeluarkan album dengan semua yang berlaku semasa wabak global ini,” tulis Lady Gaga di Twitter.

Lady Gaga: 'Chromatica' to feature duet with female pop star - UPI.com

Dalam penampilan di Morning Joe MSNBC minggu ini, bintang pop itu mendedahkan usahanya melobi 68 ketua agensi korporat untuk menyediakan dana untuk rancangan itu dan mengapa dia memutuskan untuk terlibat.

“Apa yang mendorong saya adalah persoalan bagaimana kita boleh menjalankan rancangan dua jam dalam masa krisis, yang menonjolkan komuniti yang bersatu untuk menyebarkan kebaikan.”

Keputusan Lady Gaga menyatukan selebriti untuk memperoleh dana khas bagi bantuan Covid-19 adalah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan tetapi tidak mustahil bagi popstar serba boleh ini.

Setakat ini, usahanya telah menjana lebih banyak wang untuk bantuan COVID-19 berbanding mana-mana selebriti tunggal lain dan ini adalah contoh berguna bagi selebriti atau sesiapa sahaja yang tidak tahu bagaimana untuk membantu di tengah-tengah krisis ini.

Konsert pada 18 April ini akan disiarkan secara percuma di saluran TV Amerika, Canada dan UK serta lintas langsung di YouTube, Instagram, Facebook, Twitter dan pelbagai lagi platform lain.

BACA: Trump Tuduh WHO Berpihak Kepada China, Ugut Potong Dana

Jumlah korban Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) kini paling tinggi di dunia, mengatasi Itali, lapor agensi berita Anadolu memetik Johns Hopkins University.

Setakat Sabtu (11 April) seramai 19,882 orang maut dan 514,415 lagi dijangkiti virus itu di tengah-tengah AS berjuang menghentikan rantaian jangkitan.

Presiden AS, Donald Trump dikritik secara meluas kerana awalnya meremehkan ancaman virus itu, yang disamakan dengan selesema biasa dan berkata berada di bawah kawalan di Amerika Syarikat, sebelum kemudian menerima bahawa ia adalah kecemasan kebangsaan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close