Gaya HidupKesihatan

Mengapa ‘Stress’ Itu Perlu Untuk Kita?

Untuk kelangsungan hidup seseorang, stress atau tekanan itu perlu dilalui oleh seseorang.

Dalam kehidupan sebelum Zaman Peradaban Dunia, tekanan telah menyebabkan manusia merespon dengan berjuang untuk hidup ataupun mati kebuluran (tindakan ‘lawan atau lari’).

Cuba bayangkan anda berada di Zaman Batu dan perlu berhadapan dengan haiwan liar sepanjang masa, apa yang perlu anda lakukan? Sudah pasti tekanan berada dalam situasi tersebut adalah sangat tinggi.

Bagaimana Badan Manusia Bereaksi Terhadap Tekanan

Tekanan dalam manusia ialah sebuah kejadian neorologi yang kompleks dan menyebabkan badan manusia bereaksi.

Otak manusia akan mendaftarkan tekanan dan mencetuskan saraf yang berkaitan kelenjar adrenalin. Perkara ini berlaku dalam waktu beberapa saat hingga minit.

Kelenjar adrenalin ini terletak di atas buah pinggang dan hormon adrenalin serta noradrenalin akan dirembeskan. Kedua hormon ini akan menyediakan anda untuk respon “lawan atau lari” tersebut dengan beberapa cara.

Antaranya ialah:-

1. Meningkatkan degupan jantung dan pernafasan supaya jantung anda boleh pam lebih oksigen kepada anggot badan lain (contohnya – supaya anda boleh bersedia untuk melarikan diri sekiranya diserang).

2. Membuat wajah pucat dengan mengecilkan saluran darah pada kulit dan mengalirkan darah tersebut ke otot untuk memberinya lebih tenaga dan oksigen.

3. Memberhentikan proses penghadaman perut dan usus supaya darah boleh mengalir lebih pada otot dan memberinya lebih tenaga dan oksigen.

4. Membebaskan glukosa dan lemak pada hati untuk menghasilkan tenaga

5. Mengepam darah ke otot supaya mendapatkan tenaga dengan lebih cepat serta bekalan oksigen yang mencukupi.

 

Hormon Adrenalin Berlebihan Juga Beri Kesan Sampingan

Namun sudah pasti apabila adrenalin tersebut dirembeskan secara berlebihan manusia akan mengalami kesan sampingan yang lain seperti berpeluh, jantung berdebar-debar dan tekanan darah tinggi.

Jika ia berlarutan, seseorang boleh kehilangan berat badan dan menjadi gelisah untuk jangka masa yang lama akan menyebabkan kesukaran tidur.

Walaupun kita bukan berada di Zaman Batu yang perlu berlawan dengan binatang liar untuk terus hidup, tetapi manusia Zaman Moden tetap perlu melalui tekanan untuk membuat keputusan yang lebih bijak untuk diri mereka sendiri.

Show More

Related Articles

Back to top button