AntarabangsaIsu Semasa

10 Wanita Dibunuh Setiap Hari Kerana Semangat ‘Macho’ Yang Melampau

Mexico sedang bergelut dengan krisis femisid iaitu pembunuhan jantina perempuan oleh lelaki kerana jantinanya dengan 10 wanita dibunuh setiap hari dan lelaki semakin mempersoalkan tentang semangat kejantanan yang melampau tersebut yang juga dikenali sebagai ‘machismo‘ dalam masyarakat Mexico.

Dengan keadaan yang kian melampau, sebuah pusat pembangunan dan gender bernama Gendes yang diasaskan sejak 2009 menjalankan kajian ketidakseimbangan sosial dan menyokong para aktivis sedang berjuang untuk merehabilitasi lelaki cauvinis (pelampau).

 

Ruang Terapi Lelaki Macho Membantu Antara Satu Sama Lain

Mereka menyediakan ruang terapi dalam sebuah rumah yang besar yang mengumpulkan lelaki yang berusia di antara 20 hingga 70 tahun yang mahu memperbaiki diri mereka sendiri.

Mereka berkumpul dengan menutup mata, menarik dan menghembus nafas serta meletakkan tangan di atas dada masing-masing sewaktu sesi refleksi dan mengambil masa untuk berfikir tentang keganasan yang mereka telah lakukan ke atas wanita dan akibat perbuatan mereka itu.

 

Pengakuan Ke Atas Keganasan Yang Dilakukan Sebahagian Daripada Terapi

“Saya Jaime, minggu ini saya telah melakukan keganasan lisan dan emosi ke atas pasangan saya. Saya di sini untuk membantu dan dibantu,” kata jejaka berusia 63 tahun itu dihadapan 12 jejaka lain yang menyambut ucapannya bersama-sama “Saya akan membantu anda.”

Jaime ke Gendes beberapa tahun yang lalu di atas nasihat pasangannya kerana mereka bergelut dengan masalah hubungan.

 

Sifat Maskulin Yang Dikaitkan Dengan Keganasan Untuk Apa?

“Sifat maskulin selalu dikaitkan dengan keganasan, ingin mendominasi dan kekerasan tetapi ia sedang berubah. Persepsi baharu maskulin memberi idea untuk mempromosikan perilaku yang sama di antara lelaki dan wanita,” kata psikoterapi dan pengarah Gendes, Mauro Vargas.

Terapi di Gendes membantu lelaki untuk menukarkan persepsi tentang apa yang masyarakat sering “ajar” kepada mereka tentang sifat ‘macho’ dan persekitaran yang memegang prejudis terhadap wanita,” kata Vargas.

Walaupun tidak ada data rasmi tentang bilangan orang ataupun kumpulan yang sedang memperlihatkan sifat maskulin yang tidak seperti tradisinya di Mexico yang didominasi lelaki tetapi ia dilihat semakin meningkat di Mexico.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close