Isu SemasaTeknologi

Kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan Grab Bangunkan E-Bazar Ramadan

Minggu lalu, keputusan kerajaan negeri Selangor membatalkan bazar juadah sepanjang bulan Ramadan merisaukan ramai peniaga.

Ini kerana bagi peniaga tertentu, bazar juadah di bulan tersebut adalah waktu yang paling menguntungkan untuk berniaga.

Terbaru, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari telah mengeluarkan satu pengumuman bahawa pihak kerajaan negeri tersebut akan bekerjasama dengan syarikat Grab Malaysia menangani isu ini.

Pihak-pihak ini merancang untuk membangunkan E-Bazar Ramadan Selangor GRAB, sebuah ekosistem bazar juadah yang dirumahkan di beberapa lokasi yang ditentukan.

Melalui kenyataan Dato’ Seri Amirudin di dalam akaun Twitternya, ekosistem sistem ini seumpama peniaga akan ditempatkan 15 lokasi di seluruh Selangor yang dikenalpasi sebagai ‘pusat dapur’.

Juadah mereka akan diiklankan di dalam aplikasi Grab untuk orang ramai membeli dan penghantarnya akan terus menghantar terus ke pengguna dalam masa yang lebih singkat.

Dalam kemaskini terbaru, Pihak Grab Malaysia telah membangunkan laman web untuk platform E-Bazar ini untuk peniaga mengajukan soalan, cara pendaftaran dan sebagainya untuk turut serta dalam program ini.

Difahamkan pihak Grab hanya akan menerima pendaftaran melalui pihak majlis perbandaraan dan pihak yang ingin mendaftar sebagai peniaga perlu berbincang dengan pihak majlis perbandaraan ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga dilihat akan turut serta menyertai kerjasama tersebut melalui satu poster yang dimuatnaik oleh mereka baru-baru ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

sumber: Amanz.my

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close