Gaya HidupKerjaya

Kerja Dari Rumah? Ikuti 5 Tip Ini Untuk Kelihatan Sempurna Dalam Webcam

Pandemik COVID-19 telah membataskan pergerakan sosial. Di seluruh dunia, mungkin berpuluh-puluh juta orang mula bekerja dari rumah sebagai sebahagian daripada usaha penjarakan sosial.

Kini, Zoom, Skype dan perkhidmatan lain telah mengambil alih kehidupan seharian, termasuk temuduga kerja dan pesta makan malam. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk tampil anggun dan tampan di hadapan kamera.

Berikut adalah lima tip untuk kelihatan bagus dan profesional di hadapan kamera.

Pencahayaan yang betul

 

Why Home Office Lighting Matters: Tips and Tricks for Your Next ...

Tumpukan pada pencahayaan ruang anda. Cahaya semulajadi yang menghadap pada wajah adalah yang terbaik. Ia merata dan mencerahkan kulit anda, memberikan anda kualiti gambar yang jelas seperti dalam filem.

Letakkan komputer anda di depan tingkap dan yang penting, pastikan bahawa cahaya semulajadi terpantul pada muka anda. Jika sumber cahaya itu datang dari arah belakang, anda akan tenggelam sepenuhnya dan gambar siluet akan terhasil.

Bagaimana pula jika anda berkomunikasi di dalam bilik tanpa tingkap? Letakkan lampu di belakang komputer riba anda dan di hadapan muka untuk menggantikan sumber cahaya matahari.

Elakkan sudut yang rendah

How to look good on Zoom, according to two movie lighting ...

Ini adalah salah satu peraturan asas dalam mengendalikan kamera. Letakkan kamera pada paras mata atau lebih tinggi. Pastikan komputer anda dinaikkan sedikit supaya wajah anda kelihatan sempurna.

Alas komputer riba anda dengan barangan tebal seperti buku-buku masakan atau majalah meja kopi yang terletak berhampiran.

Jika kamera diletakkan pada sudut rendah, orang di talian berpotensi melihat “double chin” anda atau mereka hanya dapat menatap rongga hidung anda sahaja.

Jaga kulit anda

People think this beauty YouTuber faked being in an earthquake for ...

Dalam menghadapi kamera komputer dalam tugasan harian, mengamalkan penjagaan kulit yang baik adalah lebih penting daripada biasa.

Kamera boleh mendedahkan keadaan kulit anda kerana skrin komputer cenderung menyerlahkan cela di wajah seperti muka berminyak. Oleh itu, sebelum anda mula bekerja, hiaskan wajah anda terlebih dahulu. Awasi nada kulit yang tidak sekata atau bibir yang pecah juga.

Pakar-pakar mengesyorkan anda memakai pelembap berwarna pada wajah sebelum memulakan mesyuarat video. Pelembap berwarna diisi dengan pigmen solekan halus yang membantu nada kulit anda kelihatan sekata.

Juga, jika duduk di hadapan tingkap, pastikan anda menggunakan produk dengan perlindungan matahari. Sementara itu, gunakan pelembap bibir untuk bibir yang kering dan basuh muka anda dengan kerap untuk mengelakkan kulit berminyak.

Berlatih terlebih dahulu

Persediaan adalah penting. Jangan tergesa-gesa menggunakan webcam sebagai cermin untuk membuat sebarang sentuhan akhir untuk rambut, muka atau pencahayaan yang anda boleh lakukan sebelum bekerja.

Berlatihlah terlebih dahulu untuk melihat bagaimana refleksi anda dalam kamera. Panggilan boleh dilakukan menerusi telefon anda, tetapi pastikan webcam anda aktif supaya anda dapat berlatih melihat diri anda dan sikap anda. Jadi anda tidaklah kekok pada masa akan datang apabila anda melakukannya secara nyata.

Pilih latar belakang yang betul

Lighting is the key

Walaupun rumah kita sememangnya kurang lengkap untuk mesyuarat profesional berbanding pejabat anda, pasti ada tempat yang lebih baik untuk membuat panggilan daripada yang lain.

Zoom atau Skype bukanlah tempat untuk mempamerkan rak buku atau hiasan rumah anda, terutama ketika panggilan kerja. Walaupun menggoda, hiasan rumah akan menjejaskan fokus orang dalam talian. Jadi, pakar mengesorkan anda untuk menggunakan latar belakang putih yang kosong.

Di samping itu, apabila anda bersiap, pastikan anda memilih pakaian warna bersesuaian dan elakkan pakaian yang terlalu terdedah. Matlamat utama adalah untuk mengurangkan gangguan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close