Sukan

Akhirnya Ronaldinho Keluar Penjara Tapi Apa Yang Menyebabkan Dia Ditahan Sebenarnya?

Ronaldinho yang sudah bersara daripada arena sukan bola sepak profesional sejak 2018 mengejutkan dunia apabila ditahan di penjara Paraguay.

Dia ditahan bersama pengurusnya, Roberto de Assis Moreira yang juga abangnya kerana disyaki masuk ke negara itu menggunakan dokumen palsu.

 

Ke Paraguay Untuk Menghadiri Acara Amal

Bekas pemain Barcelona dan AC Milan itu berada di ibu negara Paraguay, Asuncion bagi menyertai acara kebajikan kanak-kanak dan mempromosi buku baharu ketika polis mengunjungi hotel penginapannya dan dilaporkan menemui pasport palsu.

Sewaktu hadir di pejabat pendakwa raya pada 5 Mac 2020, hakim Clara Ruiz Díaz, berkata Ronaldinho bersama abangnya perlu ditempatkan di penjara pencegahan sementara menanti siasatan selesai.

Peguamnya memohon pemain bola sepak itu dikenakan tahanan rumah namun ia tidak dibenarkan mahkamah.

Ini kerana mahkamah khuwatir Ronaldinho dan abangnya akan keluar dari Paraguay sebelum siasatan selesai.

Menerima Dokumen Palsu Daripada Seorang Wanita

Mereka mendakwa menerima dokumen palsu tersebut daripada seorang usahawan wanita Brazil yang berada di Brazil namun usahawan wanita itu gagal menghadirkan diri ke mahkamah.

Ronaldinho yang dua kali dinobat pemain terbaik dunia beraksi secara profesional buat kali terakhir pada 2015 hampir berdepan dengan hukuman penjara enam bulan akibat perkara tersebut.

Ronaldinho juga sempat menyambut hari lahirnya yang ke-40 ketika berada dalam tahanan.

Sebagai banduan, bekas pemain Barcelona itu dilihat melayan banduan lain dengan menurunkan autograf di baju mereka.

 

Diletakkan Di Unit Khas Penjara

Ronaldinho diletakkan di Unit Khas Penjara Kebangsaan di Asuncion sementara disiasat kerana memasuki negara itu menggunakan dokumen palsu bersama abangnya.

Gambar Ronaldinho sewaktu di penjara. Sumber Imej: Suluh Media

Menteri Dalam Negeri Paraguay, Euclides Acevedo menggambarkan tempat yang di duduki Ronaldinho seperti hotel dan bukannya penjara.

Gambar baharu yang dirakam di dalam penjara unit khas yang direka untuk banduan kes profil tinggi menunjukkan dia menurunkan tandatangan di baju seorang banduan sementara warden penjara menunjukkan vest Flamingo yang mempunyai tandatangan ikon bola sepak itu.

 

Senyuman Ronaldinho Sedikit Pudar

Ronaldinho selalunya tampil dengan senyuman walau apapun jua keadaan termasuk ketika berada dalam tahanan. Namun seorang rakan Ronaldinho pernah mendedahkan bahawa lagenda Brazil itu dilihat sedih memenuhi hukuman penjara.

Bekas penyerang River Plate, Nelson Cuevas mendedahkan meskipun pemenang Piala Dunia itu nampak terurus di penjara, dia bagaimanapun tidak menunjukkan reaksi seperti kebiasaannya.

Cuevas turut mengiyakan dengan pandangan Menteri Dalam Negeri Paraguay bahawa Ronaldinho dan abangnya ditempatkan di penjara khas tetapi menegaskan Ronaldinho tidak biasa dengan situasi di situ.

“Tempatnya besar dan dia boleh bermain bola. Dia bersama abangnya disediakan bilik dengan dua tempat tidur,” katanya.

 

Akhirnya Hakim Membenarkan Menjalani Tahanan Rumah

Setelah sebulan di penjara dan tiga permohonan untuk ikat jamin ditolak, hakim sebuah mahkamah di Paraguay akhirnya membenarkan permohonan bekas bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho untuk menjalani tahanan di rumah.

Dua beradik itu akan dipindahkan ke sebuah hotel di Asuncion selepas bersetuju membayar wang jaminan berjumlah AS$1.6 juta.

Mereka akan menginap di Hotel Palmaroga sementara menunggu pihak berkuasa menyiasat kes itu, lapor Brazil Globo Esporte.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close