BudayaGaya Hidup

Satu-satunya ‘Ip Man’ Keturunan Melayu Di Malaysia

Wing Chun merupakan seni bela diri yang berasal daripada selatan China 300 tahun yang lalu.

Lagenda menceritakan bahawa ia diasaskan oleh seorang biarawati Buddha yang merupakan seorang master kungfu Shaolin.

 

Ayah Mahukan Dia Belajar Wing Chun

Saidun Jasmon, seorang guru silat Jawa yang mahir mahu anaknya Kahar Saidun mempelajari seni bela diri Wing Chun jauh sebelum pelakon Hong Kong, Donnie Yen memainkan watak Ip Man, seorang grandmaster Wing Chun.

Menurut Kahar pada ketika itu beliau hanya mahu mempelajari dan mengamalkan seni bela diri yang memiliki identiti orang Melayu tetapi ayahnya mahu dia mempelajari Wing Chun.

“Ayah saya mahu saya mempelajari juga seni bela diri cina kerana beliau pernah belajar kungfu ‘Shaolin 18 Tangan Lohan’.

Kahar yang pada ketika itu berusia 18 tahun akhirnya memutuskan untuk mempelajari Wing Chun yang diubah suai dan dikenali sebagai Yip Kin Wing Chun daripada Yip Fook Choy.

 

Hanya Dua Lelaki Bukan Cina Belajar Wing Chun Ketika Itu

Atuk Fook Choy, Yip Kin merupakan anak saudara lelaki kepada grandmaster Yip (Ip) Man yang mana filem Ip Man adalah berdasarkan kisah beliau.

Pada ketika itu Fook Choy memiliki lebih kurang 20 pelajar di bawahnya dan Kahar serta seorang lagi lelaki berketurunan India adalah di antara mereka yang bukan berketurunan Cina.

“Sifu saya mempunyai minda yang terbuka apabila berkaitan dengan mengajar Wing Chun walaupun kelas tersebut diajar dalam bahasa Kantonis dan hanya boleh bercakap sedikit bahasa Melayu.

“Namun ia bukanlah masalah untuk saya kerana Wing Chun terdiri daripada gerakan,” kata Kahar yang juga merupakan seorang perunding perniagaan dan pakar motivasi selain mengajar lebih kurang 100 pelajar di empat pusat yang terletak di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

 

3 Bulan Hanya Belajar Gerakan Kaki

Pada tiga bulan pertama sebagai pelajar Fook Choy, Kahar hanya mempelajari langkah asas seperti gerakan kaki dan pendirian.

“Saya diberitahu untuk berlatih dan mengulangi langkah tersebut sehingga sifu berpuas hati. Ia mengambil masa tiga bulan dan akhirnya beliau mengajar saya langkah seterusnya,” kata Kahar.

“Pada waktu itu saya sedar untuk mahir dalam Wing Chun, seseorang itu perlu mahir dalam langkah asas terdahulu dan ini dipanggil ketabahan.”

 

Sempat Belajar Wing Chun di UK

Pada tahun 1998, Kahar melanjutkan pelajarannya dalam bidang kejuruteraan mekanikal di United Kingdom.

Di sana Kahar bertemu dengan Michael Steven Yates yang mengamalkan Wing Chun yang dipopularkan oleh Ip Man.

“The Yip Kin Wing Chun yang saya pelajari adalah sedikit berbeza daripada Ip Man Wing Chun.

“Dan saya berpeluang mempelajari beberapa gerakan dan teknik daripada sifu Mick (Yates),” ujar Kahar.

“Ramai orang berfikir Wing Chun adalah seni bela diri yang mencabar tetapi ramai yang tidak tahu bahawa ia sebenarnya kung fu yang lebih mudah dan boleh dipelajari oleh semua segmen masyarakat,” jelas Kahar.

 

Wing Chun Boleh Buat Orang Bertambah Sihat

Kahar berkata ia juga akan menjadikan seseorang itu bertambah sihat dengan mengamalkan Wing Chun kerana ia memperbaiki pernafasan seseorang dan pada masa sama memperbaiki peredaran darah dan mencegah daripada berlakukan strok serta tekanan darah tinggi.

Fook Choy juga mengajar Kahar tarian singa setelah mempelajarinya sendiri daripada Yip Kin yang telah berhijrah ke Malaya daripada Guangdong pada tahun 1918.

 

Belajar Tarian Singa Juga

“Yip Kin adalah di antara guru yang telah mereka gerakan tarian singa di Malaysia,” kata Kahar yang menambah bahawa sifunya itu akan menjemput anak muridnya mempersembahkan tarian singa sewaktu Tahun Baru Cina dan juga acara lain.

Kahar sedih apabila kedua tunggak inspirasinya iaitu ayahnya serta Fook Choy meninggal dunia tahun lalu.

“Saya kehilangan dua ayah yang saya sangat sayangi dalam waktu satu tahun. Merekalah yang bertanggungjawab menjadi apa yang saya jadi sekarang.

“Merekalah yang menyemarakkan semangat saya untuk mengekalkan seni bela diri yang unik ini dan saya rasa saya tidak boleh habis berterima kasih dengan segala pengorbanan yang mereka lakukan,” kata Kahar kepada Bernama.

“Saya berjanji kepada diri saya sendiri saya akan memastikan warisan ini terus kekal,” ujar Kahar.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close