Gaya HidupKerjaya

Mengapa 77% Ibu Bekerja Di Malaysia Cari Pekerjaan Tambahan?

Sebuah kajian menunjukkan bahawa kebanyakan ibu yang bekerja sepenuh masa di Malaysia mahukan kerja yang boleh memberi keseimbangan dalam hidup mereka.

Kebanyakan ibu bimbang tentang kenaikan sara hidup, keselamatan dan isu persekitaran serta peningkatan kos keluarga.

 

Cabaran Ibu Bekerja Mencari Pekerjaan Yang Seimbang

Sebuah kaji selidik mendapati kebanyakan ibu bekerja ini memiliki pendidikan yang lebih baik dengan 77% daripada yang mengikuti kajian tersebut. Malah mereka sekurang-kurangnya memiliki kelayakan sarjana muda.

Peratusan ini lebih tinggi daripada wanita secara amnya (72%) serta lelaki (67%) dalam kajian yang sama.

Ibu bekerja juga sering mendapat halangan dalam pasaran pekerjaan dengan 50% daripada mereka bersetuju ianya sukar untuk mendapat pekerjaan dalam keadaan ekonomi sekarang.

32% daripada wanita merasakan jantina memainkan faktor dalam meningkat kerjaya masing-masing manakala 60% merasakan keadaan bias masih wujud dalam dunia kerjaya, sama ada sewaktu mencari pekerjaan mahupun dalam sesebuah pekerjaan.

 

Bias Terhadap Jantina Masih Berlaku & Ia Bukan Hanya Di Malaysia!

Malah perkara seperti ini juga berlaku di belahan dunia lain apabila Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menjalankan kajian pada 5 buah negara yang merangkumi 80% penduduk dunia.

Mereka mendapati 9 daripada 10 orang mempercayai bahawa orang ramai masih terdapat sikap prejudis terhadap wanita.

Ini termasuk:-

1. Lelaki merupakan ahli politik yang lebih baik
2. Lelaki merupakan ketua ahli perniagaan yang lebih baik
3. Memasuki universiti adalah lebih penting untuk lelaki berbanding wanita
4. Lelaki harus dapat kelebihan dalam pasaran yang berdaya saing.

Menurut laporan tersebut, bias melibatkan jantina ini paling ketara di Pakistan apabila 99.81% daripada mereka mempunyai prejudis tersebut terhadap wanita diikuti oleh Qatar dan Nigeria dengan 99.73%.

Negara dengan populasi paling rendah yang memiliki bias jantina ini ialah Andora diikuti oleh Sweden dan Netherlands.

 

77% Ibu Bekerja Mencari Kerja Tambahan

Di Malaysia, 77% ibu bekerja mencari pekerjaan tambahan bagi menampung kos sara hidup dengan 33% sudah pun melakukan hal tersebut manakala 44% lagi sering mencari peluang untuk melakukannya.

Menurut seorang ibu yang diwawancara oleh TheStar, dia tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada suami untuk bekerja dan memberi kehidupan yang selesa kepada keluarga.

Namun Liyana yang berusia 37 tahun ini berkata mungkin ibu bekerja kadang sukar melakukan sesebuah pekerjaan kerana kebanyakan syarikat tidak memberi pekerja mereka kelonggaran dari segi masa dan cara kerja.

Liyana bernasib baik kerana bekerja sebagai seorang pengurus media sosial dan boleh bekerja dari rumah sejak lima tahun yang lalu. Dia hanya perlu ke pejabat tiga kali seminggu.

 

Kerja Dari Rumah Lebih Baik Untuk Ibu Bekerja?

“Saya mengambil kesempatan dan memutuskan untuk bekerja dari rumah supaya boleh mengurus masa dengan lebih baik dan memiliki keseimbangan hidup.

Saya rasa saya tidak akan mampu melakukannya jika saya perlu kerja 9 pagi hingga 5 petang setiap hari,” katanya.

Liyana juga mengakui bahawa bias terhadap jantina masih ada dalam masyarakat dan terdapat beberapa perkara yang menyebabkan wanita tidak diberikan peranan utama dalam sesebuah syarikat. Antaranya sebabnya ialah:-

1. Wanita lebih emosi.
2. Kurang efektif dalam menjalankan tugas kerana komitmen keluarga.

 

Ibu Bekerja Mahu Bantuan Penjagaan Kanak-Kanak

Sebagai seorang ibu, sudah tentu anak memainkan peranan penting dalam membuat sesuatu keputusan dalam hidup mereka.

Ada yang harus mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk orang lain menjaga anak mereka.

Oleh itu ramai yang berharapkan suami boleh membantu mereka di rumah dan pihak kerajaan ataupun majikan boleh bantu dari segi penjagaan kanak-kanak dengan menyediakan pusat jagaan yang berdekatan dengan tempat kerja.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close