Isu SemasaTeknologi

Apple Bantu Pekerja Kesihatan Dengan Menghasilkan Pelindung Muka

Di masa wabak COVID-19 di seluruh dunia semakin menular dan membimbang, banyak syarikat besar turut sama membantu meringankan beban kerajaan menangani wabak ini.

Dalam satu video yang dimuat oleh CEO Apple, Tim Cook di akaun twitternya – beliau mengumumkan Apple telahpun bekerjasama dalam menghasilkan pelindung muka untuk pekerja kesihatan.

Mereka telah menyalurkan lebih 20 juta topeng setakat ini melalui rantaian bekalan global.

“Pelbagai kumpulan dari Apple telah bekerja keras sebaik mungkin untuk membantu ‘hero dihadapan’ profesional medikal,” kata Cook di dalam videonya.

Di dalam video tersebut juga, Cook menjelaskan pasukan Apple seperti pereka, jurutera, operasi dan pembungkusan turut bekerjasama dengan pembekal untuk menghasilkan dan menghantar pelindung muka ini.

Beliau juga memperlihatkan sampel pelindung muka tersebut dan menyatakan ia sudah pun dihantar ke fasiliti hospital Kaiser di Santa Clara Valley.

“Setiap pelindung boleh dipasang dalam masa 2 minit dan ia boleh diselaras sepenuhnya. Kami mendapatkan bahan dan menghasilkannya di Amerika Syarikat dan China,” jelasnya lagi.

Apple merancang akan menghantar jutaan lagi pelindung tersebut dalam minggu ini.

Namun buat masa ini mereka hanya bekerjasama dengan ahli medikal dan pegawai kerajaan di Amerika Syarikat, walaupun begitu mereka berharap dapat mengedar ke seluruh dunia.

 

sumber: Soya Cincau

Show More

Related Articles

Back to top button