Sukan

Kisah Liverpool Dikecam Teruk Peminat Tapi Ada Harapan Julang Trofi EPL?

Pelbagai kisah “drama” tentang arena sukan bola sepak tempatan dan juga antarabangsa berlaku apabila dunia dilanda Covid-19.

Kelmarin Liverpool terpaksa memohon maaf di atas perancangan awal mereka memohon bantuan kerajaan di bawah skim pengekalan pekerjaan berikutan pandemik Covid-19.

 

Batal Perancangan Pohon Bantuan

Liverpool membatalkan perancangan tersebut setelah dikecam hebat oleh peminat dan bekas pemain, kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Fenway Sports Group, pemilik Liverpool yang berpangkalan di Amerika Syarikat, merancang untuk memberi cuti kepada 200 kakitangan mereka dengan 80 peratus gaji mereka ditanggung kerajaan.

Tottenham, Newcastle, Bournemouth dan Norwich turut mengambil langkah demikian, tetapi Liverpool yang kini mendahului liga dan mempunyai keuntungan sebelum cukai 42 juta pound (RM223.9 juta) untuk musim 2018-19 telah dikritik hebat berdasarkan reputasi mereka.

“Kami percaya keputusan yang diambil minggu lalu adalah salah dan kami memohon maaf di atas kesilapan itu,” kata ketua eksekutif Liverpool Peter Moore.

Manchester City Mengambil Pendekatan Sama

Dengan Liga Perdana ditangguh akibat pandemik COVID-19, Manchester City yang dimiliki jutawan Abu Dhabi Sheikh Mansour, berkata mereka tidak akan mengambil skim kerajaan berkenaan.

Dalam pada itu, keluarga Manchester City berduka cita dengan pemergian ibu kepada jurulatih Manchester City, Pep Guardiola yang berusia 82 tahun selepas disahkan dijangkiti novel virus korona.

 

Penantian 30 Tahun Liverpool Bakal Kembali?

Di kesempatan lain, SinarHarian melaporkan bahawa peluang Liverpool untuk menamatkan penantian 30 tahun menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali bersinar selepas badan pentadbir liga itu mengesahkan EPL tidak akan dibatalkan dan akan disambung semula selewat-lewatnya Jun nanti.

Memetik laporan sebuah portal berita antarabangsa, perbincangan kemungkinan liga disambung semula pada Jun telah dibincangkan bersama semua pasukan EPL.

“Semua 20 pasukan EPL juga bersetuju untuk bermain tanpa penyokong untuk memastikan liga berjaya ditamatkan.

 

Menjulang Trofi Dalam Stadium Kosong

“Ia juga bakal menyaksikan Liverpool menjulang trofi EPL dalam stadium kosong dan ia menjadi sejarah tercipta dalam saingan liga itu nanti,” kata laporan itu.

Sebelum ini, EPL mengumumkan menangguhkan liga sehingga keadaan selamat sebelum boleh disambung semula, namun melihatkan keadaan pandemik virus korona (Covid-19) tersebut yang tidak pasti bila akan pulih.

Banyak pasukan yang meminta kata putus dikeluarkan EPL mengenai masa depan liga tersebut.

“Jika disambung pada Jun, liga berkemungkinan akan berjaya dihabiskan dalam tempoh dua bulan dan pihak liga juga sedang memikirkan perancangan bagaimana untuk memastikan perlawanan dalam keadaan selamat.

 

Perlawanan Selamat Dengan Pengasingan Diri

“Pemain dijangka akan di asingkan daripada keluarga dan berada di bilik hotel, namun segalanya masih belum pasti,” kata laporan itu lagi.

Dalam pada itu, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp meminta semua penduduk di England supaya mematuhi garis panduan dikeluarkan pihak berkuasa bagi memastikan EPL dapat kembali bersambung semula.

“Perkara paling utama ketika ini adalah kesihatan. Tetapi, cara untuk memastikan EPL dapat bersambung semula adalah dengan masyarakat berdisplin mengikut arahan pihak berkuasa.

“Tiada penyelesaian lain lagi boleh dibuat untuk membendung wabak ini Bertenang dan ikut arahan. Mungkin dalam beberapa minggu lagi kita akan dapat menonton kembali bola sepak,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button