EventsSukanTeknologi

ESM dan KBS Anjur Kejohanan Esukan Dalam Tempoh PKP

Buat para gamers, Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) tidak harus dijadikan alasan untuk tidak menyertai mana-mana pertandingan e-sukan.

Walaupun begitu, Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) dan Kementerian Belia & Sukan (KBS) telah mengambil insiatif mengadakan kejohanan atas talian di peringkat negeri dalam tempoh ini.

ESM dan KBS bakal menganjurkan Esports MyStay@HomeChallenge yang akan berlangsung bermula 6 April hingga 14 April ini yang akan mempertandingkan permainan PUBG Mobile dan Mobile Legends Bang Bang.

Pendaftaran sudah pun dibuka dan pada 9 dan 10 April akan berlangsung peringkat negeri terlebih dahulu sebelum meneruskan ke peringkat kebangsaan pada 12 hingga 14 April.

ESM dan KBS menyatakan yang mana mereka menyasarkan lebih dari 500 pemain dengan 128 pasukan akan menyertai kejohanan buat kedua-dua permainan tersebut.

Dari segi hadiah pula, juara kejohanan ini akan berpeluang untuk membawa pulang sebanyak RM1,000 diikuti RM500 untuk tempat kedua, RM350 tempat ketiga, RM250 tempat keempat sehinggalah RM100 untuk tempat kelima sehingga kelapan.

Ia dilihat oleh mereka sebagai inisiatif untuk memenuhi jadual di dalam tempoh PKP selain berpeluang mengasah bakat menjadi atlet e-sukan negara.

Pendaftaran dan sebarang maklumat terkini boleh dibuat dengan melayari laman Facebook rasmi ESM.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close