HiburanWayang

Disney Rombak Tarikh Tayangan Filem Utama Termasuk Fasa Ke-4 MCU

Berikutan pandemik Covid-19, Disney pada 3 April mengumumkan penangguhan tayangan lebih daripada sedozen filem utama mereka termasuk dua filem terbesarnya tahun ini, “Mulan” dan “Black Widow” dari Marvel Studio.

“Mulan” yang sepatutnya ditayangkan pada bulan Mac, kini akan berada di pawagam pada 24 Julai, kata syarikat itu. “Black Widow” yang sepatutnya menjadi filem musim panas pada 1 Mei, kini akan ditayangkan pada 6 November.

“Jungle Cruise” filem pengembaraan berdasarkan taman tema Disney, telah dipindahkan dari 24 Julai tahun ini kepada 30 Julai 2021. Sementara itu, “Artemis Fowl” filem adaptasi dari buku yang dijangka keluar pada 29 Mei, kini dibatalkan dan akan ditayangkan melalui perkhidmatan penstriman syarikat, Disney + pada tarikh yang tidak didedahkan.

Filem Indiana Jones yang baru turut ditunda sepanjang tahun kepada Julai 2022. Barisan filem-filem Disney yang disusun semula telah menyebabkan kesan untuk sepanjang tahun ini dan seterusnya.

Dengan “Black Widow” beralih ke November, filem besar Marvel yang lain pada 2020, “Eternals” kini berpindah ke 12 Februari tahun depan.

Oleh kerana Marvel mempunyai sinematik semesta yang bersambung, garis masa tayangan filem kini akan berubah.

Filem-filem yang sepatutnya keluar pada tahun hadapan seperti “Shang Chi and the Legend of the Ten Rings,” “Doctor Strange in the Multiverse of Madness” dan “Thor: Love and Thunder” semuanya ditunda kepada tarikh baru.

Filem “Captain Marvel” turut ditukar ke Julai 2022. Filem fenomena, Black Panther 2 yang dijadualkan pada tahun depan ditunda kepada 8 Mei 2022.

Peralihan dalam tarikh menunjukkan bahawa Disney masih komited untuk tayangan di pawagam untuk filem-filemnya berbanding meletakkannya untuk pembelian dan penstriman atas talian.

Disney mengumumkan bulan lalu bahawa ia akan mengeluarkan filem dengan kerjasama Pixar, “Onwards” melalui Disney + lebih awal kerana wabak koronavirus. Syarikat itu turut mengeluarkan “Frozen 2” melalui platform itu.

Disney telah terjejas teruk oleh pandemik coronavirus. Taman temanya telah ditutup, laluan kapalnya digantung dan acara sukan, ESPN yang dimiliki Disney, juga ditangguhkan.

Syarikat itu turut mengumumkan bahawa ia akan memberhentikan pekerja “yang pekerjaannya tidak diperlukan pada masa ini” bermula pada 19 April.

Show More

Related Articles

Back to top button