Gaya HidupKesihatan

COVID-19: Kenapa Orang Muda Juga Terdedah Risiko Maut?

“Anda tidak terkecuali.” Itulah amaran keras yang diberikan kepada orang muda pada awal bulan ini dari Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, ketua pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Virus ini boleh menyebabkan anda berada di hospital selama berminggu-minggu, atau membunuh anda. Individu di bawah umur 50 tahun adalah sebahagian besar daripada jumlah pesakit yang memerlukan kemasukan ke hospital,” katanya.

Ini berbeza dengan semua maklumat yang hanya mencadangkan pesakit yang lebih tua atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi virus korona, termasuk radang paru-paru (pneumonia) yang berpotensi mengancam nyawa.

Malangnya, Dr Tedros terbukti betul. Minggu ini, seorang bayi dilaporkan telah meninggal dunia akibat virus tersebut di Illinois, Amerika Syarikat. Tidak jelas sama ada bayi tersebut mempunyai masalah kesihatan atau tidak.

 

Orang Muda Ada Juga Yang Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Sementara itu, remaja yang sebelum ini sihat meninggal dunia lewat minggu lepas di Los Angeles selepas diserang virus itu. Di UK, dua remaja berusia 19 dan 13 tahun telah dilaporkan meninggal dunia selepas tewas kepada virus korona tanpa sebarang rekod masalah kesihatan yang diketahui.

Kajian wabak ini menunjukkan lapan daripada 10 pesakit yang mengalami kes virus korona kronik berusia lebih 65 tahun manakala dua daripadanya adalah orang muda. Dan pada skala dunia, banyak orang muda yang boleh menjadi mangsa virus COVID-19.

Orang yang berumur di bawah 50 tahun sepatutnya mempunyai sistem imun yang lebih sihat daripada mereka yang lebih tua.

Ini bermakna badan mereka lebih cepat mengenali agen asing, seperti virus korona setelah masuk ke dalam sel mereka, dan mula menghasilkan antibodi untuk melawannya.

Sebelum virus itu menyebabkan sebarang masalah pernafasan yang serius dan pneumonia parah berada di dalam paru-paru mereka, sistem imun mereka sepatutnya melawannya, dan mereka akan pulih dengan hanya mengalami demam, batuk kering dan keletihan .

 

Mengapa Sistem Imunisasi Orang Muda Boleh Memakan Diri?

Walau bagaimanapun, ironinya, sistem imunisasi yang muda ini mungkin menjadi masalah kepada sesetengah orang dan inilah yang disahkan telah berlaku dalam sekurang-kurangnya beberapa kes golongan muda yang mati selepas mendapat virus korona.

Apabila sistem imun menerima dan bersedia untuk menyerang virus, faktor-faktor genetik atau sekeliling yang tidak diketahui dan tidak berbahaya boleh menyebabkan sistem imun menjadi lemah.

Sel-sel yang keradangan yang disebut sitokin, yang membantu menghasilkan persekitaran yang melawan jangkitan, meninggalkan rantaian “ribut sitokin”. Ini adalah tindak balas yang berlebihan di bahagian sistem imunisasi badan dan ia tidak normal.

Ini bermakna bahawa sistem ketahanan badan tidak dapat menghentikan reaksi apabila ia telah menghasilkan cukup pertahanan terhadap virus. Keradangan yang disebabkan oleh sistem imun terus berlanjutan pada kadar yang tidak terkawal dan memenuhi paru-paru dengan bendalir, sehingga mangsa sukar untuk bernafas.

Bendalir ini menarik lebih banyak bakteria untuk memakannya tetapi ia perkara yang biasa dan selalunya boleh dipantau. Namun, ia telah berganda dengan sangat cepat sehingga paru-paru dipenuhi dengan nanah. Ini menyebabkan pneumonia dan memerlukan rawatan hospital dengan segera.

Ribut sitokin yang berpanjangan akhirnya akan merosakkan sistem pernafasan sepenuhnya. Laluan pernafasan menjadi tersumbat dan sel-sel tidak lagi menyerap oksigen dengan betul.

Keseimbangan dan pemantauan perlu dilakukan oleh doktor melalui pemberian ubat untuk menurunkan sistem imun agar ia tidak memberi reaksi berlebihan namun tidak mematikan sistem tersebut sepenuhnya supaya mereka masih terus melawan jangkitan.

Pada masa yang sama, para pesakit ini perlu bantuan pernafasan seperti ventilator sehingga paru-paru mereka boleh berfungsi seperti biasa.

 

Bagaimana Kakitangan Kesihatan Boleh Terjejas Dengan COVID-19?

Kita juga telah melihat beberapa doktor muda dan jururawat yang sihat yang memerlukan rawatan hospital untuk viruskorona.

Di Itali sahaja, lebih daripada 50 doktor telah meninggal dunia akibat penyakit ini.

Teorinya adalah berbeza daripada kejadian “ribut sitokin”.

Pekerja kesihatan yang terdedah kepada virus tersebut secara berterusan melalui pesakit adalah punca utama.

Pekerja kesihatan ini telah terdedah kepada “beban virus” yang tinggi disebabkan pendedahan berulang kali dan berlebihan terhadap virus.

Ini bermakna sistem imunsasi tidak dapat mengatasi virus awal dan mereka telah terdedah kepada virus itu lagi, biasanya pada hari yang sama.

Tempoh masa dan kekerapan pendedahan kepada virus boleh menyukarkan sistem imun seseorang untuk bekerja.

Oleh itu, beban virus yang tinggi ini dapat mengatasi sistem imunisasi tubuh dan orang-orang ini terdedah lagi dalam masa yang singkat, akhirnya jatuh sakit.

Inilah sebabnya mengapa sangat penting bagi kakitangan perubatan untuk diberi peralatan pelindung diri (PPE) yang perlu dipakai ketika merawat pesakit COVID-19 untuk mengelakkan pendedahan kepada virus.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close