Isu SemasaTeknologi

Adakah Penggunaan Dron Ketika PKP Dapat Tingkatkan Efisien?

Dron seperti yang sedia maklum adalah peranti atau boleh dipanggil jentera terbang yang dikendali untuk tugasan di kawasan-kawasan yang tinggi.

Dalam situasi pencegahan wabak COVID-19 di Malaysia, penggunaan dron juga dilihat digunakan sebaik mungkin pelbagai pihak dalam melaksanakan tugas.

Semalam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisatif ini dengan menggunakan dron untuk tujuan pembasmian kuman di ibu kota.

Dron digunakan bagi tujuan menyembur pembasmi di kawasan-kawasan tinggi seperti bumbung-bumbung bangunan dan sebagainya.

Usaha ini turut disertai Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa dengan memuat naik maklumat tersebut di dalam laman twitter-nya.

Disamping itu, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga dilaporkan menggunakan dron dalam memantau orang awam dengan lebih efisien.

Dengan kelebihan jarak dan ketinggian dron boleh beroperasi, PDRM dan ATM dapat mengenalpasti kawasan panas penduduk-penduduk yang mengingkari arahan PKP di sesuatu kawasan.

Dapat dilihat juga, dengan penggunaan dron-dron ini tugas pembasmian kuman tidak memerlukan begitu ramai pengendali, dan sekaligus dapat mengurangkan penularan jangkitan wabak COVID-19.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close