AntarabangsaIsu Semasa

4 Doktor Islam Yang Pertama Di Barisan Hadapan Untuk Meninggal Dunia Akibat Covid-19 Di UK

United Kingdom memberi penghormatan terakhir kepada empat doktor Islam yang meninggal dunia sewaktu bertugas dibarisan hadapan dalam merawat pesakit yang dijangkiti virus korona.

Kesemua doktor beragama Islam itu meninggal dunia akibat jangkitan virus tersebut.

Mereka ialah Alfa Sa’adu, Amged el-Hawrani, Adil El Tayar dan Habib Zaidi yang mempunyai darah asal negara Afrika, Asia dan Timur Tengah.

 

Komited Untuk Berdekad Lamanya

Dr Salman Waqar, Setiausaha Agung Persatuan Perubatan Islam Britain berkata sumbangan mereka tidak boleh diukur dengan apa pun.

“Mereka merupakan para doktor senior yang setia serta komited untuk berdekad lamanya dalam berkhidmat untuk komuniti dan pesakit,” katanya.

“Mereka telah berkorban nyawa untuk melawan wabak ini dan kami memohon semua orang untuk lakukan bahagian mereka bagi memberhentikan kematian yang berlanjutan – duduk di rumah, lindungi NHS, selamatkan nyawa.” – Dr Salman Waqar, Setiausaha Agung Persatuan Perubatan Islam Britain

 

UK Kekurangan Ahli Perubatan Sewaktu Pandemik Covid-19

Kini UK sedang mengalami kekurangan ahli perubatan akibat pandemik ini yang telah memakan 2,353 nyawa serta menjangkiti 29,474 orang menurut statistik kerajaan.

Kehilangan para doktor ini telah menggaris bawahi sumbangan yang sangat penting oleh mereka berlatar belakangkan minoriti dalam Perkhidmatan Perubatan Nasional United Kingdom (NHS).

NHS merupakan majikan terbanyak yang mempunyai kakitangan orang hitam dan etnik minoriti (BME) dengan 40.1% daripada pekerja perubatan adalah BME.

Priti Patel, Setiausaha Dalam Negeri, telah mengumumkan pada hari Selasa kelmarin bahawa 2,800 pekerja perubatan yang mana visa mereka akan tamat sebelum 1 Oktober akan diperpanjangkan selama setahun secara percuma.

 

Profil Empat Doktor Dari Golongan Minoriti UK Yang Berkorban Nyawa Menyelamatkan Warga UK

Ini dia profil empat doktor yang telah meninggal dunia.

1. Amged el-Hawrani – Seorang ayah yang berjuang untuk semua orang

 

Allahyarham Dr. Amged el-Hawrani. Sumber Imej: RIP.ie

Allahyarham dilahirkan di Sudan dan merupakan anak kedua daripada enam adik-beradik yang mana kesemuanya merupakan lelaki.

Dr. Amged el-Hawrani merupakan pakar di bahagian telinga, hidungan dan tekak di beberapa hospital universiti yang terletak di Utara England.

Walaupun Allahyarham tidak memiliki sebarang masalah kesihatan, Dr. Amged el-Hawrani meninggal dunia di hospital pada usia 55 tahun di hospital.

Adik lelaki bongsunya, Amal telah memberi penghormatannya yang terakhir dan menyatakan Allahyarham telah mengambil kesemua beban adik-beradik dan menjadi sosok ayah setelah abang sulung serta ayah mereka meninggal dunia.

“Amged merupakan orang yang sangat kuat dari segi mental dan fizikal tetapi dalam keadaan tenang dan lembut,”katanya. “Kekuatannya ialah untuk sentiasa menggunakan kekerasan pada arah kebaikan. Beliau merupakan pelindung, perisai yang melawan untuk orang ramai serta adik-beradiknya.” – Amal el-Hawrani, adik bongsu Allahyarham

Beberapa minggu sebelum kematiannya, Dr. Amged sangat prihatin terhadap ibunya yang sudah tua dan kembali sakit setelah baharu sahaja pulih daripada pneumonia.

Dr. Amged baharu sahaja habis daripada syif malam dan memandu untuk melihat ibunya di Bristol, sebuah perjalanan yang jauh kerana ia terletak di barat data England. Ketika itu beliau mempunyai simptom selesema ringan yang beliau ketepikan kerana merasa dirinya telah bekerja lebih masa.

Pengebumiam dilakukan pada hari Selasa dengan kehadiran keluarga terdekat sahaja. Allahyarham dikebumikan di Bristol.

Rakan kerja Dr. Amged mengadakan satu minit waktu untuk mendiamkan diri bagi memberi penghormatan untuk Allahyarham di Queen’s Hospital, Burton.

 

2. Habib Zaidi – Seorang doktor yang baik hati, penyanyang dan berdedikasi sehingga ia telah mengambil nyawanya.

 

Allahyarham Dr. Habib Zaidi. Sumber Imej: BBC.com

Dr. Habib Zaidi merupakan seorang doktor perubatan am (GP) yang berketurunan Pakistan. Allahyarham pindah ke UK lebih daripada 50 tahun yang lalu dan bekerja di Leigh-on-Sea, Essex, Tenggara England.

Pada hari Rabu kelmarian, di 76 tahun, beliau meninggal dunia akibat COVID-19.

Allahyarham telah menjalankan pengasingan diri selama seminggu sebelum itu dan akhirnya di bawa ke hospital dan meninggal dunia 24 jam kemudia setelah berada di unit rawat rapi (ICU).

Seluruh ahli keluarganya sedih dengan pemergian Allahyarham.

Christine Playle, 73 tahun, yang merupakan salah satu bekas pesakitnya yang mana beliau pernah menjalankan pembedahan kecil dalam masa tiga minggu sebelum kematiannya berasa sangat terkejut dan sedih.

“Dr Zaidi merupakan doktor yang sangat disukai dan dihormati. Beliau ialah seorang doktor yang semua orang cari-cari – baik, penyayang, mesra dan gembira,” kata bekas pesakitnya, Christine Playle kepada Al Jazeera.

“Beliau merupakan seorang GP yang berdedikasi dan dedikasinya itu telah memakan nyawanya sendiri.”

Sesuai dengan arahan untuk menjaga jarak, hanya ahli keluarga terdekat yang boleh menghadiri pengebumian beliau. Balunya kini sedang menjalankan pengasingan diri.

3. Adil El Tayar – Seorang doktor pakar yang telah berkorban nyawa menjadi sukarelawan kecemasan

Allahyarham Dr. Adil El Tayar. Sumber Imej: BBC

Dr. Adil El Tayar merupakan seorang pakar bedah NHS. Allahyarham meninggal duia pada 25 Mac pada usia 64 tahun.

Dr. Adil El Tayar merupakan pakar pemindahan organ yang mendapatkan pendidikan dari Universiti Khartoum pada tahun 1982.

Allahyarham telah berkhidmat di Hereford County Hospital yang terletak di barat England sebagai sukarelawan di bahagian kecemasan sewaktu pandemik melanda negara UK.

Ahli keluarga Allahyarham disitulah beliau mendapat jangkitan tersebut.

Allahyarham mula mengasingkan diri apabila menunjukkan simptom yang akhirnya beliau dimasukkan ke hospital dan diberi alat sokongan pernafasan.

Duta Britain ke Sudan, Irfan Siddiq, turut memberi penghormatan ke atas kematian Allahyarham yang mempunyai empat orang anak di Twitter dan mengucapkan terima kasih kepada pekerja perubatan yang telah menunjukkan keberanian yang luar biasa.

Zeinab Badawi, wartawan BBC yang merupakan sepupu Allahyarham berkata: “Beliau mahu dihantar di mana dirinya akan menjadi paling berguna sewaktu dalam krisis.

“Ia hanya mengambil masa 12 hari untuk Adil dalam keadaan yang sihat dan mampu bekerja sebagai seorang doktor dalam sebuah hospital yang sibuk sehingga harus terbaring kaku dalam bilik mayat hospital.”

Pengebumian Allahyarham sedang diuruskan minggu ini.

4. Alfa Sa’adu – Seorang doktor veteran yang mana mukanya akan ceria jika bercerita tentang perubatan.

Allahyarham Dr. Alfa Sa’adu. Sumber Imej: Huffington Post UK

Dr. Alfa Sa’adu, lahir di Nigeria dan telah bekerja di NHS selama hampir 40 tahun. Allahyarham meninggal dunia pada hari Selasa kelmarin pada usia 68 tahun setelah dua minggu cuba melawan virus korona.

Dr. Sa’adu memulakan kerjayanya sebagai pakar dalam perubatan geriatrik apabila beliau tiba London dan lulus dari University College Hospital Medical School pada tahun 1976.

Allahyarham meneruskan kerjayanya menjadi Pengarah Perubatan dan kemudian setelah bersara masih menjadi doktor sukarelawan.

Anak lelaki Allahyarham, Dani berkata kepada Al-Jazeera: “Beliau merupakan orang yang sangat bersemangat dan tidak kisah untuk menyelamatkan nyawa orang. Jika anda berbicara dengannya tentang perubatan, mukanya akan tersenyum riang. Beliau telah bekerja untuk NHS hampir 40 tahun di pelbagai hospital di serata London.

“Beliau sangat suka memberi syarahan kepada orang ramai tentang dunia perubatan. Beliau telah lakukannya di UK dan Afrika. Ayah saya telah bersara dan bekerja secara sambilan di Queen Victoria Memorial Hospital, Welwyn, Hertfordshire sehingga beliau meninggal dunia. Beliau memiliki keluarga yang besar dan kami lakukan semuanya bersama, keluarga merupakan perkara pertama. Beliau meninggalkan dua orang anak lelaki dan seorang isteri yang juga merupakan doktor bersara juga.”

Mantan Presiden Senat Nigeria, Bukola Saraki, memberi penghormatan kepada Dr. Sa’adu di Twitter, dan berkata Allahyarham telah membuktikan “kepimpinan untuk orang kami di diaspora”.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close