EventsTeknologi

Nintendo Rancang Pelbagai Perkara Sempena Ulang Tahun Ke-35 Super Mario Bros.

Bagi menyambut ulang tahun ke-35 Super Mario Bros., Nintendo telah mengumumkan pelbagai rancangan untuk siri popular tersebut.

Antara perancangannya adalah melancarkan kembali beberapa siri popular di dalam katalog siri Mario kepada format ‘remastered’.

Dalam artikel oleh Video Games Chronicle, permainan yang disenaraikan termasuklah Super Mario 64 (1997), Super Mario Sunshine (2002) dan Super Mario Galaxy (2007).

Nintendo juga memngumumkan akan mengeluarkan beberapa permainan video Mario di dalam tahun ini termasuk siri terbaru Paper Mario dan Super Mario 3D World (2013) dalam version Deluxe.

Dilaporkan kesemua permainan ini akan dilancarkan untuk konsol Nintendo Switch.

Perancangan ini juga melibatkan beberapa perkara seperti kerjasama Nintendo dan Universal yang akan menghasilkan sebuah filem animasi Super Mario dan sebuah taman teman Super Nintendo World.

Satu lagi kerjasama Nintendo adalah bersama bersama Lego dengan menghasilkan set Lego Mario interaktif istimewa.

Pada asalnya Super Mario 35th Anniversary dijadualkan akan diadakan di dalam acara E3 2020 pada Jun ini namun ia tidak tercapai berikutan pembatalan acara itu berikutan wabak Covid-19.

Namun, Nintendo memaklumkan bahawa mereka bakal meneruskan acara ini di dalam platform digital tidak lama lagi.

Pada 2015, ulang tahun ke-30 Super Mario Bros. telah diadakan dan banyak cenderamata dan edisi khas mario dikeluarkan seperti edisi khas 8-but Mario Amiibos dan kolaborasi bersama Hot Wheels, Moschino, Trump cards dan banyak lagi.

 

sumber: Video Games Chronicle

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close