Isu SemasaTempatan

Langkah ‘Menang, Menang & Menang’ Untuk Pihak Penjara, Banduan & Majikan

“Kami mahu mencapai matlamat Jabatan Penjara Malaysia (JPM) untuk mendapatkan dua pertiga banduan yang dibebaskan daripada penjara untuk memperoleh pekerjaan pada tahun 2030,” kata Osman Lehan, Timbalan Pengarah JPM.

Bagi Pengarah Urusan Panasonic Alat Penghawa Dingin Malaysia, mereka komited untuk memberi peluang pekerja berkemahiran kepada warga tempatan dan mengurangkan bilangan pekerja asing, jelas Hiroyuki Iwaki.

Laluan untuk banduan diberikan peluang yang cerah untuk kehidupan mereka ini dijalankan menerusi beberapa program yang dijalankan oleh JPM. Antaranya ialah Corporate Smart Internship (CSI) yang diperkenalkan pada tahun 2016.

 

Peluang Banduan Mendapatkan Pekerjaan Setelah Keluar Penjara

Sistem parol yang berada di negara ini bermula tahun 2008 di mana ia membantu banduan bersaing dalam mendapatkan pekerjaan serta mengurangkan bilangan banduan yang mengulangi kesalah mereka, mengurangkan kebertanggungan kilang terhadap pekerja asing serta menghakis tanggapan prejudis terhadap bekas banduan.

Sejak program ini berlangsung, lebih 33,000 banduan yang menjalani parol telah menjalankan program ini di seluruh negara dan sebanyak 90 syarikat di 136 lokasi memberi peluang pekerjaan untuk 3,356 tahanan parol yang tinggal di asrama yang disediakan oleh majikan.

 

Banduan Diselia Oleh Pegawai Penjara

Terdapat sebuah lagi program yang dimulakan pada tahun 2018 dan kini terdapat 12 syarikat mengambil 150 banduan yang diselia di dalam 140 lokasi.

Tidak seperti tahanan parol, mereka ini terletak di bawah Peraturan Penjara 2000 dan akan diselia oleh pegawai penjara. Mereka boleh tinggal di dalam penjara ataupun bekerja di kawasan 40km radius dan disediakan tempat tinggal oleh majikan dalam sebuah kawasan yang digazet sebagai “penjara sementara” yang perlu mematuhi peraturan penjara.

Osman berkata pada tahun ini JPM mahu 2000 banduan di bahagian parol dan 200 banduan diselia.

 

Boleh Jalani Kehidupan Setelah Keluar Dari Penjara

Setelah menjalani program CSI, terdapat beberapa tahanan parol mendapat wang mencukupi untuk memulakan perniagaan sendiri seperti membuka kedai gunting rambut, bekerja dengan ahli keluarga, menjadi kontraktor paip dan juga memulakan perniagaan pengangkujtan sendiri.

Panasonic telah mula melibatkan diri dalam program CSI yang menghasilkan kompresor pada Jun tahun lalu dan mengambil 328 tahanan parol bekerja.

“Sebelum mereka mula bekerja, mereka akan melalui program latihan selama 1 minggu yang direka khas untuk mereka,” kata ketua korporat sumber manusia, Datuk Moktar Mohd Salleh.

Antaranya ialah penyelia kilang serta pihak pengurusan tidak boleh bertanya tentang latar belakang para pekerja ini.

“Beri mereka peluang kedua untuk memulakan kehidupan baharu,” kata Datuk Moktar.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close