Teknologi

Kod Sumber Xbox Series X Dijadikan Tebusan

27 Mac lalu, sumber kod GPU Xbox Series X telah dicuri dan dijadikan tebusan oleh penggodam dengan menuntut sebanyak AS$100 juta (RM429 juta).

Menurut AMD, pada Disember tahun lepas, mereka dihubungi oleh penggodam tersebut yang mana beliau dikatakan mempunyai kod sumber untuk beberapa produk grafik terkini dan masa hadapan AMD yang mana AMD kini menyatakan ianya sudah pun dipadamkan.

Dalam laporan TorrentFreak pula, kod tersebut mengandungi butiran tentang AMD’s Navi 10, Navi 21 dan Arden GPUs.

Ugutan pengodam tersebut sebelum ini menunjukkan mereka akan ‘mendedahkan semuanya’ jika mereka gagal menerima bayaran.

Tidak dapat dipastikan sama ada jika pendedahan kod tersebut dapat menganggu sekuriti AMD dalam GPU akan datang, tetapi syarikat tersebut dilihat tidak begitu risau.

“Kami sedar si pelaku (penggodam) telah memiliki sebahagian dari fail (kami) yang ditidak diumumkan lagi, namun kami percaya IP grafik yang dicuri bukanlah keutamaan kepada daya saing atau keselamatan produk grafik kami,” jelas AMD.

Tiada maklumat terkini berhubung penggodaman tersebut buat masa ini dan Xbox Series X dijadualkan tetap akan dilancarkan penghujung tahun 2020.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close