Bisnes & Ekonomi

Daripada Seorang Pembantu Kedai Kini Memiliki 2 Kedai Sendiri

Siti Mariam Ishak, 58 tahun bermula sebagai pembantu kedai cermin mata di awal tahun 1980-an.

Beliau lahir di Kuala Pilah dan menggunakan wang simpanan sebanyak RM20,000 dan juga pinjaman sebanyak RM50,000 daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad untuk memulakan perniagaannya.

Beliau bertungkus-lumus dengan bersungguh sebagai ibu beranak enam yang tidak memiliki sebarang ijazah ini hingga berjaya mengubah hidupnya menjadi lebih baik.

“Saya bermula dari bawah, saya bekerja sebagai pembantu kedai di Seremban pada tahun 1983 dan di Kuala Lumpur pada tahun 1988. Saya menimba pelabagai pengalaman bekerja di kedua-dua kedai tersebut bersama majikan yang mengajar selok-belok meniaga.

“Mereka menghantar saya ke kursus latihan dan di tahun 1994 saya mendapat sijil penuh sebagai optometris (juruoptik).

“Sejak daripada itu saya memasang niat untuk satu hari memiliki kedai saya sendiri. Dan akhirnya pada tahun 2001, saya membuka kedai pertama saya di Batu Kikir, Jempol. Empat tahun setelah itu saya membuka sebuah lagi cawangan di Bandar Sri Jempol,” cerita beliau.

Walaupun terdapat pelabagai halangan yang dihadapi, beliau pernah menderita strok sementara. Namun sikap tabah dan terus berusahanya itu melihat Siti Mariam juga memiliki dua premis perniagaan yang mana beliau sewakan kepada orang.

Siti Mariam dianugerahkan Anugerah Usahawan Wanita daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close