Hiburan

10 Orang Biasa Yang Mencipta Kemasyhuran Yang Tidak Dijangka

Hari ini, dengan kewujudan internet dan rangkaian sosial, sangat mudah untuk menjadi terkenal. Ada yang mencipta kemasyhuran kerana bakat unik mereka sementara yang lain mendapat perhatian kerana penampilan mereka yang unik.

Berikut ialah antara 10 orang yang menerima kuasa kemasyhuran yang tidak dijangka dan menjadikan mereka sensasi global.

  1. Nicky Libert

10 People Who Rose to Fame Overnight

Seorang pelajar London menyiarkan foto seorang pekerja pembinaan muda di akaun rangkaian sosialnya. Dia bertemu dengan lelaki muda itu ketika berjalan-jalan di sekitar Amsterdam. Ketampanan Nicky telah dipuji secara meluas oleh pengguna Twitter, dan ini akhirnya memberi tuah kepadanya apabila berjaya menandatangani kontrak dengan agensi pemodelan Elite.

  1. Baddie Winkle

Meet 'Baddie Winkle', The World's Most Badass Insta-Grandma

Nenek ini menakluki hati blogger apabila cucunya yang sulung memuat naik fotonya di Instagram. Dia kini mempunyai lebih daripada 3 juta pengikut, dan dia menjalani gaya hidup aktif: dia menari, mengubah imejnya, dan menyertai rancangan bual bicara.

  1. Emanuele Fasano

Emanuele Fasano - L'incroyable histoire du pianiste de la station

Apabila seorang pemuzik Itali muda ketinggalan kereta api, dia mula bermain piano. Nasibnya baik, prestasi Emanuele dilihat oleh penerbit muzik, dan dia merakamnya. Video ini menjadikan pemuzik berbakat itu sangat popular di rangkaian sosial dan akhirnya mendapat kontrak yang sangat menguntungkan.

  1. Nusret Gökçe

The Real-Life Diet of Salt Bae, Who Has Great Abs | GQ

Chef dari Turki ini menjadi terkenal selepas videonya tular di meia sosial. Gaya dan taktiknya di dapur menjadi perhatian netizen yang menggelarkan “salt bae”. Sekarang akaun Instagramnya mempunyai lebih dari 9 juta pengikut dan bintang terkenal dunia, seperti Leonardo DiCaprio, datang untuk menyaksikan pertunjukan masakannya yang unik.

  1. Arshad Khan

10 People Who Rose to Fame Overnight

Penjual teh berusia 18 tahun dari pasar Islamabad ini menjadi terkenal dalam sekelip mata apabila seorang jurugambar menyiarkan gambarnya yang bermata biru dalam akaun Instagram. Foto itu dengan cepat menerima ribuan like dan menarik perhatian. Sekarang Arshad bekerja dengan agensi pemodelan besar dan berimpian untuk menjadi bintang filem.

  1. Philippe Dumas

Retired-hipster Philippe Dumas has become a model at age of 60 ...

Selepas bersara, Philippe memutuskan untuk berkongsi gambarnya di laman web Reddit yang popular. Dia meminta pandangan pengguna sama ada masih mampu menyertai industri fesyen. Penampilannya yang luar biasa dihargai bukan sahaja oleh pengguna rangkaian sosial tetapi oleh agensi model juga. Dia akhirnya berjaya mengikat kontrak dan memenuhi impiannya untuk menjadi model.

  1. Mike Varshavski

Sexiest doctor alive' Dr Mike Varshavski uses his viral fame to ...

Dr Mike dari New Jersey menjadi terkenal menerusi akaun Instagramnya, di mana beliau memuat naik foto kerja hariannya. Lelaki muda itu dinamakan “doktor paling seksi di dunia” oleh majalah People. Walaupun menerima tawaran untuk menjadi model, dia lebih suka menjadi doktor. Dr Mike kini mempromosikan gaya hidup sihat dan menyokong organisasi amal menerusi media sosialnya.

  1. Cindy Kimberly

Cindy Kimberly Net Worth, Height, Weight, Age, Bio, Facts - Make Facts

Gadis ini menjadi terkenal apabila Justin Bieber menyiarkan fotonya dan bertanya siapakah gadis itu. Peminat penyanyi berkenaan akhirnya menemui gadis itu yang merupakan seorang pelajar berusia 17 tahun dari Costa Blanca, Sepanyol. Dalam masa luangnya, dia bekerja sebagai pengasuh separuh masa. Sekarang dia mempunyai kontrak dengan agensi pemodelan besar dan menjadi model majalah.

  1. Sven Otten

WE:LOVE:MERCURI: Lo strano caso di Sven Otten (protagonista dello ...

Selepas pemuda ini menyiarkan video tariannya di YouTube, ia ditonton oleh lebih 43 juta orang di seluruh dunia. Sekarang penari dari Jerman ini menjadi wajah banyak kempen pengiklanan dan memiliki akademi tarian sendiri.

  1. Jeremy Meeks

10 People Who Rose to Fame Overnight

Jeremy Meeks merupakan seorang banduan yang dijatuhi hukuman pada Februari 2015, selama 2 tahun kerana penyalahgunaan senjata. Selepas Jabatan Polis Stockton memuat naik gambar “mugshot” Jeremy di Facebook, pengguna internet menggelarkannya sebagai “banduan kacak.” Apabila dia dibebaskan dari penjara, dia menerima beberapa tawaran pemodelan dan kini menghabiskan masanya dikelilingi oleh selebriti.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close