Makan & Minum

Semua Sisa Makanan Terhasil Oleh Pekedai Dikitar Semula Di Dalam Mall Ini

Sebuah pusat membeli-belah popular di Petaling Jaya telah mengambil langkah yang besar dalam misi menjadi satu-satunya ‘mall’ yang memiliki mesin sisa kompos di dalam premis.

Mesin di Pusat Membeli-belah 1 Utama ini memiliki kapasiti dua ton dan mendapatkan kerjasama daripada 180 premis makan dan minuman di dalam pusat membeli-belah tersebut untuk mengambil bahagian.

Mesin yang bernilai RM2juta itu telah dicuba selama satu tahun sebelum ini sebelum dibuktikan keberkesanan dan diwar-warkan kepada orang ramai.

 

Daripada Sisa Makanan Menjadi Tidak Berguna Lagi, Lebih Baik Dihasilkan Menjadi Sesuatu Yang Berguna

Menurut pihak pengurusan mall tersebut, penyewa yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman di mall tersebut menjana 70 hingga 75 ton sisa makanan setiap bulan dan pada purata 2.3 ton hingga 4 ton sehari.

Sebelum ini ia dibuang ke kawasan pembuangan begitu sahaja dan harus dibawa oleh lori sisa buangan.

“Kegunaan mesim kompos industri ini adalah penting kerana tidak ada ruang ataupun cukup waktu di dalam pusat membeli-belah untuk menjalankan kompos secara tradisional,” kata pihak pengurusan 1Utama.

Mesin ini mampu menukarkan sisa makanan menjadi bahan kompos berkualiti dalam masa 17 jam dengan bantuan campuran microb yang dipatenkan dan dibuktikan keberkesanannya dalam keadaan terkawal di dalam kawasan kompos.

 

Orang Ramai Boleh Datang Melihat Sendiri Mesin Kompos

Untuk berkongsi dengan orang ramai usaha mereka ini, 1 Utama mempamerkan mesin serta ruang kitar semula tersebut disebalik dinding kaca berukuran 70meter persegi di aras bawah tanah Promenade untuk pengguna datang melihatnya sendiri.

“Kemungkinan besar pusat membeli-belah yang lain turut memiliki pengurusan sisa makanan mereka tersendiri tetapi kebanyakan daripada mereka menjalankannya di luar premis dan pada skala yang kecil,” kata Tan Sri Teo Chiang Kok, Pengarag Bandar Utama City Centre Sdn Bhd.

“Ini menghasilkan solusi yang efisyen dan bertanggungjawab untuk mengumpul empat ton sisa makanan yang dihasilkan setiap hari dan memproseskan menjadi baja organik yang digunakan untuk lanskap 1 Utama serta sekitar Bandar Utama.”

 

Pengunjung Boleh Kitar Semula Sisa Makanan Mereka Di Masa Akan Datang

Beliau turut menambah bahawa terdapat rancangan untuk menjadikan kompos ini boleh digunakan oleh pengunjung pada kadar minimal dalam misi untuk menyebarkan mesej pemuliharaan alam.

“Kami tidak jangka akan mendapatkan tindak balas yang baik daripada penyewa, oleh itu kemungkinan besar kami akan membeli mesun kedua untuk menjaga kesemua sisa makanan yang ada,” kata Teo.

Menurut pengeluar mesin, kompos ini dihasilkan menggunakan proses industri yang mana sisa makanan akan melalui pengisar yang boleh memecahkan sisa menjadi kecil dan konsisten.

Apa yang penting untuk pengguna urban ialah produk akhir yang dihasilkan ialah kering, tidak ada bau busuk dan steril kerana ia telah melalui proses dengan suhu yang tinggi (80 darjah Celsius) sewaktu pengeringan.

Tags
Show More
Back to top button
Close