AntarabangsaIsu Semasa

Pernah Lahirkan Anak Tapi Terkejut Dapat Tahu Tidak Boleh Mengandung Lagi Kerana Tiada Uterus

Di Afrika terdapat pelbagai permasalahan kesihatan yang timbul.

Lebih memeranjatkan lagi apabila terdapat laporan bahawa seorang ibu yang ingin mendapatkan anak kedua setelah anak perempuan pertamanya sudah pun berusia 15 tahun, terkejut tidak boleh lagi mengandung.

Empat tahun lalu, Bongekile Msibi, 32 tahun mendapatkan khidmat nasihat doktor apabila cuba mengandung anak kedua tetapi tidak berhasil.

 

Berita Mengejutkan Alasan Yang Diberi Oleh Doktor

Bongekile terkejut apabila doktor memberitahunya bahawa dia tidak boleh mengandung kerana tidak memiliki uterus.

“Bagaimana hal ini boleh terjadi sedangkan saya pernah memiliki bayi sebelum ini?” tanya dia kepada doktor.

Bongekile cuba mengingat kembali kejadian yang pernah berlaku dalam kehidupannya dan satu-satunya hospital yang pernah dia diwadkan ialah di Johannesburg, Chris Hani Baragwanath. Ianya salah satu pusat kesihatan terbesar di Afrika.

Di sana seorang ahli obstretik memaklumkannya bahawa uterusnya sudah pun dibuang setelah dia melahirkan anak pada tahun 2005.

 

Bukan Berlaku Kepada Hanya Dirinya Sahaja

Malah perkara ini terjadi bukan kepada dia seorang shaja tetapi ramai lagi wanita yang mana pensterilan secara paksa telah dijalankan di 15 hospital awam di Gauteng dan Kwa-Zulu, provinsi terbesar Afrika Selatan.

Dalam sebuah laporan yang diterbitkan baru-baru ini, terdapat 48 kes pensterilan paksaan yang berlaku di negara tersebut.

Malah Suruhanjaya untuk Kesamaan Jantina Afrika Selatan (CGE) telah melakukan siasatan dan mendapati terdapat “rawatan kejam, menyiksakan serta tidak berperikemanusiaan dilakukan” yang mensasarkan wanita yang kebanyakannya penghidap HIV positif.

 

Prosedur Mensasarkan Wanita HIV Positif

Prosedur tersebut kebanyakannya tidak didokumentasikan dalam rekod hospital bagi wanita yang melahirkan anak melalui pembedahan Caesarean dari tahun 2002 hingga 2015.

Namun Bongekile bukanlah pengidap HIV positif tetapi berusia 17 tahun ketika menjalani prosedur terbabit.

Apabila Bongekile kembali ke hospital tersebut pada tahun 2016, dia diberitahu tentang langkah yang akan dijalani untuk menyelamatkan nyawanya tetapi tidak ada yang memberitahunya tentang perkara penstrilan ketika itu.

 

Undang-Undang Berat Sebelah?

Undang-undang Afrika Selatan jelas mengatakan mereka tidak boleh memaksa rakyatnya untuk melakukan penstrilan tetapi doktor boleh melakukannya tanpa persetujuan dalam keadaan kritikal untuk menyelamatkan nyawa.

Menurut Tamara Mathebula yang mengetuai CGE, pihak hospital sudah menjelaskan kepada pesakit tentang kepentingan pensterilan diri melihat kepada keadaan mereka yang mungkin mengidap HIV, tuberkulosis ataupun jika mereka rasa seseorang itu sudah pun memiliki ramai anak dan juga terlalu miskin untuk biarkan begitu sahaja.

“Namun ia juga tidak bermakna ia memberi alasan untuk doktor ataupun jururawat mengikut tiub atau mengambil keluar uterus seseorang.”

 

Mangsa Diugut Untuk Setuju

Dalam sebuah testimoni kepada GCE, terdapat mangsa yang diugut untuk tidak mendapatkan rawatan jika tidak menandatangani kertas.

Ada yang juga dipaksa menandatangani kertas ketika berada dalam keadaan sakit teruk dan tidak sedar apa yang mereka tandatangani.

 

Tetapi Tidak Untuk Mangsa Yang Satu Ini

Tetapi untuk kes Bongekile, tidak ada sebarang surat yang ditandatangani malah tidak ada rekod untuk menunjukkan prosedur tersebut pernah dijalaninya.

Selama tiga tahun Bongekile mencari jalan untuk menjawab persoalan yang terjadi kepada dirinya tetapi tidak ada yang mahu membantunya.

Setelah laporan dikeluarkan, pihak kementerian kesihatn bersetuju untuk berjumpa dengan orang yang mengadu. Tetapi perjumpaan ini tidak memberi sebarang rasa lega kepada para wanita ini.

 

Keluarga Musnah Akibatnya

Bongekile seperti ramai lagi mangsa pensterilan ini terpaksa berpisah dengan pasang mereka setelah tidak mampu lagi memiliki anak.

“Dia (suami) mahukan anak dan saya tidak mampu memberikannya (kerana sudah tiada uterus),” katanya yang menuduh para doktor mengambil kesempatan terhadap para wanita dan menjadi “Tuhan”.

Setelah berjumpa dengan para pengadu, pihak kementerian cuba untuk bertemu dengan GCE. Namun GCE mahu Kementerian Keshatan untuk menjalankan siasatan terhadap golongan perubatan profeional yang terlbat.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close