Bisnes & EkonomiFesyenGaya Hidup

Rekaan Kasut Menggunakan Kaki Ayam

Semuanya hasil apabila usahawan berusia 25 tahun ini sedang mencari bahan kos efektif yang juga boleh mempromosikan kelesterian.

Akhirnya Nurman Farieka Ramdhany dari Bandung melihat kaki ayam sebagai jawapan daripada persoalan tersebut.

 

Mengapa Kaki Ayam?

Kaki ayam mempunyai kulit bertekstur yang hampir sama dengan kulis pada ular dan buaya.

Ayah Nurman telah melakukan pelbagai eksperimen menggunakan kulit eksotik dan mencadangkan Nurman untuk cuba membuat kasut menggunakan kulit kaki ayam yang mana dia telah mula lakukan sejak tahun 2017.

Nurman telah membina sebuah syarikat kasut berjenama Hirka dengan pasukan yang terdiri daripada lima orang termasuk ayahnya.

Sumber Imej: nusabali.com

Proses Lama Untuk Hasilkan Sepasang Kasut

Jenama Hirka ini menghasilkan kasut diperbuat daripada kulit kaki ayam sepenuhnya yang mana ia memerlukan kerja tangan sehingga 10 hari.

Mereka mengupas kulit kaki ayam itu secara manual menggunakan tangan lalu meletakkan warna dan menjahitnya ke atas kasut.

Ia mengambil 45 kaki ayam untuk menghasilkan sepasang kasut yang berharga RM148 hinggalah RM592.

Sumber Imej: berbagisemangat.com

Dapat Bekalan Daripada Kedai ‘Fast Food’

Nurman berkata dia sangat termotivasi dengan peluang untuk menggunakan produk bahan buangan daripada restoran makanan segera dan juga pasaraya yang merupakan pembekal utamanya.

“Bahan buangan ini adalah sangat banyak. Oleh sebab itu kami cuba untuk memprosesnya dan mendapatkan nilai yang baik melaluinya,”kata Nurman yang dipetik dari Reuters.

Boston Consulting Group pada tahun 2018 melihat sisa makanan akan dijangka meningkat lebih daripada tiga kali ganda iaitu lebih daripada 2bilion ton pada tahun 2030.

Menurut Nurman pelanggannya sukakan kasut yang dihasilkannya dan menambah bahawa produk mereka selesa.

“Buat masa ini pasaran memberi tindak balas yang positif dengan hasil keluaran kami.”

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close