Teknologi

5 Permainan Video Yang Boleh Anda Main Ketika Tempoh PKP

Setelah pengumuman perintah kawalan pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April, mungkin ramai yang tidak pasti untuk melakukan apa sebagai memenuhi aktiviti.

Mungkin ada yang bekerja di rumah, namun di sini terdapat beberapa permainan video yang mampu memenuhi masa anda anda dan keluarga di dalam tempoh ini.

Mario Party

Tidak kira di dalam platform mana seperti PC atau Nintendo, Mario Pary adalah permainan video secara beramai yang menyeronokkan di samping mini games yang unik serta menghiburkan.

FIFA atau PES

Jika anda dikalangan keluarga yang ramai adik beradik lelaki, anda boleh mensimulasi liga permainan besar bola sepak menerusi permainan ini. Mungkin juga boleh diadakan liga mini; si kalah perlu membasuh pinggan di rumah.

Mortal Kombat 11 / Injustice 2

Kepada yang mempunyai permainan ini, anda mungkin tahu permainan ini memerlukan masa yang lama untuk menaik taraf dan menyah-hadiah karekter-karekter tersebut. Disamping itu juga anda masih boleh menyertai beberapa mod perlawanan atas talian yang sentiasa berubah dari masa ke semasa. Diingatkan ia adalah permainan untuk 18 tahun ke atas.

Lego (Kesemua siri)

Terdapat berpuluh Lego siri yang boleh dipilih untuk memenuhi aktiviti anda seperti siri Star Wars, Harry Potter, Jurassic Park, dan juga DC serta Marvel. Setiap siri juga mempunyai elemen menarik tersendiri dan juga memerlukan masa untuk menghabiskannya. Yang menarik juga, pemain kedua boleh ‘keluar-masuk’ bermain pada bila-bila masa menjadikan ia fleksibel.

Nintendo Ring Fit Adventure

Jangan jadikan perintah pergerakan kawalan ini untuk anda tidak bersenam. Kepada yang sudah memiliki permainan ini, anda bolehlah terus bersenam. Ring Fit Adventure juga boleh dimainkan seisi keluarga kerana ia turut mempunyai mod cabaran kesihatan.

Ini adalah sebahagian permainan yang boleh anda main mengikut rekomendasi kami.

Sepentingnya, tempoh ini adalah sesuai untuk anda terus bersama keluarga dan juga menghabiskan kesemua permainan video yang ‘tidak sempat’ anda habiskan dalam koleksi anda.

Show More

Related Articles

Back to top button