Amerika SyarikatPolitik

Mungkinkah Amerika Dapat Timbalan Presiden Wanita Yang Pertama? Ini Dia 6 Calon Yang Mungkin Dipilih

Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat akan berlangsung pada tahun ini tepatnya pada 3 November 2020.

Terdapat dua parti utama di Amerika Syarikat yang bersaing untuk kerusi panas tersebut iaitu Parti Republikan dan Parti Demokrat.

Pada pesaingan kali ini dilihat Parti Republikan akan diwakili oleh Presiden Donald Trump sekali lagi apabila beliau menang besar untuk mewakili Republikan pada pilihan raya kali ini.

 

Pesaingan Sengit Parti Demokrat Untuk Lawan Trump

Namun pesaingan sengit berada di kubu Parti Demokrat apabila Joe Biden dan Bernie Sanders dilihat merupakan dua calon teratas mengatasi mereka yang popular di internet iaitu Andrew Yang dan Tulsi Gabbard yang merupakan wanita beragama Hindu pertama yang menjadi ahli kongres serta orang berketurunan Samoa-Amerika pertama yang menjadi ahli mengundi kongres.

Jika dilihat daripada statistik sekarang, calon Demokrat yang akan melawan Trump ialah Joe Biden.

Kelmarin Joe Biden mengumumkan komitmennya dalam memilih wanita sebagai calon timbalan presidennya jika beliau memenangi kerusi calon Demokrat.

“Jika saya dipilih sebagai presiden, kabinet saya, pihak pengurusan saya akan kelihatan seperti negara ini dan saya akan melantik seorang wanita sebagai timbalan presiden,” kata Biden sewaktu debat di antara dirinya dan juga pesaing kuatnya Bernie Sanders.

 

Mahukan Wanita Sebagai Rakan Sekerja Di Atas Tampuk Pemerintah Amerika

Biden yang pernah menjadi timbalan presiden berkata terdapat beberapa wanita yang layak untuk menjadi timbalan presiden dan memastikan Amerika memiliki wanita yang progresif dan terdapat ramai wanita yang progresif di luar sana.

Sanders turut membalas akan melakukan hal yang sama sewaktu debat di antara mereka dijalankan.

Joe Biden memenangi 10 daripada 14 daerah di Amerika Syarikat setelah itu dan banyak yang ingin beliau melantik timbalannya dalam waktu terdekat.

 

Siapakah Wanita Progresif Itu?

Secara tradisinya di Amerika, calon boleh mengumumkan timbalannya sewaktu konvensyen mereka ataupun sebelum itu.

Contohnya, Hillary Clinton telah mengambil Tim Kaine hanya dua hari sebelum konvensyen Demokrat bermula. Obama memilih Biden hanya beberapa hari sebelum konvensyennya bermula pada tahun 2008.

Ia mungkin agak janggal untuk melantik pejuang bersama lebih awal tetapi ramai yang teruja untuk melihat siapakah wanita yang bakal dipilih Biden.

Vogue telah menyenaraikan enam wanita yang mungkin Biden akan ambil kira sebagai pejuang bersamanya.

1. Senator Amy Klobuchar

Sumber Imej: citypages.com

Klobuchar pada awalnya memasuki senarai calon Parti Demokratik pada tahun ini tetapi telah memilih untuk menarik diri dan menyokong Biden.

Beliau menunjukkan tanda sokongan sewaktu Biden perlukan dan negeri kelahiran Klobuchar telah memberi sokongan terhadap Biden walaupun negeri tersebut sebelum ini lebih gemarkan Sanders.

2. Senator Kamala Harris

Sumber Imej: The Mercury News

Harris juga merupakan antara calon yang bertanding sebagai calon Parti Demokratik dan pernah mempersoalkan Biden pada awal pusingan debat tentang promosi sekolah integrasi.

Namun pada bulan Januari lalu, Harris berkemungkinan akan menyokong Biden dan pada bulan Februari, Biden berkata mungkin Harris merupakan pasangan idealnya. Ini membuatkan ramai yang berfikir Harris merupakan pilihan teratas.

Biden mempunyai hubungan yang kuat dengan undian orang Amerika berketurunan Afrika. Ia telah ditunjukkan apabila beliau memenangi undian majoriti di kawasan penduduk orang hitam di Selatan Carolina dan Harris boleh memastikan sokongan orang Afrika-Amerika akan berterusan untuk Biden.

3. Elizabeth Warren

Sumber Imej: CNBC.com

Setelah kurang mendapat sambutan dalam pemilihan calon Parti Demokratik, Warren dikatakan akan menarik diri daripada saingan Presiden. Tetapi untuk Biden memilih Warren yang lebih progresif sebagai timbalan presiden boleh mengembangkan lagi asas Biden.

Namun persoalan sama ada Warren bakal menyokong Biden atau Sanders masih lagi menjadi tanda tanya kerana pada debat terakhir beliau berkata, “Bernie dan saya mahu membantu dalam Wall Street. Pada 2008, kami berdua mendapatkan peluang tersebut. Saya membuat siasatan dan berperang dengan bank besar. Saya bina sebuah gabungan dan saya menang.”

Jika beliau boleh membawa sokongannya dan juga yang mana kesal dengan Sander untuk menyokong Biden, ia mungkin akan membawa ke arah kemenangan Demokrat.

4. Stacey Abrams

Sumber Imej. vox.com

Seorang mantan penggubal undang-undang negeri dair Georgia yang kalah tipis dalam persaingan Datuk Bandar pada tahun 2018 ini dikatakan mampu memberi tenaga yang kuat pada kempen Biden.

Mengapa beliau mampu melakukannya? Kerana Biden sendiri pernah menyebut dirinya sebagai “wanita yang seharusnya menjadi datuk bandar Georgia”.

Abrams yang dikenali sebagai pejuang sejati ini pernah berkata,”Pemimpin yang efektif harus mencari kebenaran dan ia memerlukan keinginan untuk memahami kebenaran lebih daripada yang ada pada diri sendiri.”

5. Veronica Escobar

Sumber Imej: wearemitu.com

Escobar merupakan orang baharu yang menjadi wakil dari Texas. Beliau mengambil tempat Beto O’Rourke yang merupakan orang kuat Biden dan pernah mengumumkan sokongan terhadap Biden atas alasan beliau memiliki pengalaman untuk menumbangkan Donald Trump serta pihak pengurusannya yang dalam keadaan kekacauan.

Menurutnya, komuniti sepertinya di El Paso memerlukan penyelesaian yang sebenar terhadap masalah yang mereka hadapi.

Nama Escobar dalam tiket Biden bakal memberi sokongan terhadap pengundi berketuranan Hispanik di Texas.

6. Val Demings

Sumber Imej: wfae.org

Demings merupakan mantan ketua di Orlando Police Department dan kini sedang menjalani penggal keduanya dalam kongres mewakili 10th Congressional District di Florida.

Beliau menjadi sorotan rakyat Amerika apabila bercakap tanpa rasa takut tentang kuasa yang telah membuat semua orang kagum terhadapnya sewaktu perbicaraan pendakwaan.

Pada kali ini beliau menyokong Biden apabila beliau dipertanyakan,”Apa akan terjadi jika Timbalan Presiden Biden menelefon anda dan bertanya ‘Hi wanita kongres, mahukah anda berganding dengan saya?”

Jawaban Demings sangat berhati-hati dengan menyatakan.”Saya sangat bangga dan rasa rendah diri jika orang ramai memasukkan nama saya ke dalam senarai.”

Beliau tidak menyatakan ya atau tidak dalam perbualan tersebut tetapi jika Biden mengambilnya sebagai Timbalan Presiden, beliau merupakan seorang wanita progresif yang kuat dan kehadirannya mampu memberi kemenangan di Florida.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close