AntarabangsaIsu Semasa

KARMA: Covid-19 “Beri Peluang” Israel Rasai Penderitaan Rakyat Palestin

Israel kini berada di bawah perintah berkurung akibat pandemik coronavirus Covid-19. Seperti mana-mana tempat lain di dunia, perintah ini bukan sahaja mengurung fizikal malah emosi.

Kegelisahan dan kebimbangan mengenai pandemik berleluasa. Dari segi fizikal, mereka dikekang daripada meninggalkan rumah. Seperti kebanyakan negara, lapangan terbang utama hampir tidak berfungsi dengan hampir tidak ada ketibaan atau pelepasan pesawat.

Perhimpunan sosial, seni, budaya dan agama dibatalkan. Kadar pengangguran semakin melambung. Tentera dikerah untuk menjadikan hotel sebagai hospital. Dan tidak lama lagi, mungkin perintah berkurung sepenuhnya dilaksanakan dengan rondaan tentera dan polis di jalanan.

Merasai penderitaan Palestin

Situasi yang dihadapi oleh penduduk Israel sepatutnya mengingatkan mereka kepada keadaan hidup di Palestin. Tetapi tidak. Mereka sibuk dengan kebimbangan terhadap kelangsungan hidup yang tidak menentu.

Apa yang dilihat Israel sebagai distopia itu kelihatan seperti utopia kepada rakyat Palestin. Pengawalan pergerakan sementara yang dikenakan ke atas Israel adalah seperti impian untuk Palestin, yang mana keadaan di Gaza dan kadang-kadang juga di Tebing Barat, adalah lebih buruk selama bertahun-tahun.

Ini adalah karma ke atas Israel. Buat pertama kalinya dalam kehidupan, mereka telah merasai sendiri apa yang diperlakukan kepada rakyat Palestin selama beberapa generasi. Untuk pertama kalinya dalam kehidupan, orang Israel merasa ketakutan dan kekurangan dengan cara yang tidak pernah dirasai.

Tetapi perintah berkurung di Israel kelihatan seperti kemewahan kepada kanak-kanak Palestin yang dilahirkan dalam realiti yang lebih pahit untuk dijalani.

Israel kini mengalami hanya satu sekatan kecil berbanding berpuluh-puluh sekatan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin. Mereka “diberikan” peluang untuk mengalami sendiri kehidupan rakyat Palestin, dalam keadaan yang lebih baik.

Adakah ini akan mengubah pandangan mereka pada suatu hari nanti? Adakah mereka akan lebih sensitif dan memahami penderitaan Palestin selepas pandemik Covid-19 berakhir? Sangat diragukan.

Perintah berkurung satu pengajaran

Image result for israel palestine coronavirus

Pintu gerbang antarabangsa Israel, seperti di kebanyakan negara-negara lain sekarang, ditutup untuk dunia luar. Landasan penerbangan atau pelepasan lengang tanpa sebarang pesawat.

Gaza telah hidup seperti itu selama 14 tahun yang lalu. Penduduk Palestin terkurung dalam sangkar Gaza, penjara terbuka terbesar di dunia.

Ada rakyat Palestin di Gaza yang tidak pernah melihat pesawat, malah mereka tidak pernah berada di terminal lapangan terbang dan tidak pernah bermimpi untuk ke luar negara sama ada bercuti, belajar, atau menjalankan perniagaan.

Bagi penduduk Israel, putusnya hubungan di Lapangan Terbang Ben Gurion adalah hukuman yang tidak dapat ditanggung, walaupun hanya beberapa minggu. Penduduk Palestin di Gaza, dan juga ramai penduduk Tebing Barat, tidak pernah mengetahui kehidupan di lapangan terbang.

Kawasan antara Tebing Barat dan Israel dan bahagian lain di seluruh negara ditutup dengan pusat pemeriksaan sementara dibuka di jalan-jalan. Di Palestin, setiap pintu masuk mempunyai pusat pemeriksaan tetap.

Penutupan separa di Israel adalah impian rakyat Palestin. Penduduk Israel masih mempunyai kebebasan: boleh keluar, berjalan ke taman atau berjalan di pantai sedangkan kebanyakan kanak-kanak Tebing Barat tidak pernah melihat laut.

Israel Tidak Tahan Melalui 1% Daripada Kehidupan Yang Harus Dilalui Oleh Palestin Setiap Hari

Tidak lama lagi, Israel juga akan melihat polis dan askar meronda di jalan-jalan, menubuhkan pusat pemeriksaan dan memeriksa  pengenalan diri orang. Di Palestin, penduduknya tidak pernah tahu bagaimana kehidupan tanpa rondaan dan pos pemeriksaan.

Sekatan pemeriksaan dan kawalan ketat inilah yang dijalani setiap hari oleh rakyat Palestin.

Tetapi kemungkinan besar pihak berkuasa akan bersifat lebih baik terhadap mereka di Israel berbanding rutin ganas yang ditunjukkan di Palestin dan ini juga rakyat Israel sukar menerima walaupun ianya sementara.

Malah tidak lama lagi kehidupan ekonomi orang Israel dilihat akan seperti mereka yang tinggal di seberang sempadan kerana pada waktu penulisan ini diterbitkan oleh middleeasteye.net, setengah juta orang Israel iaitu 17% daripada mereka tidak mempunyai pekerjaan dan ia sedang meningkat mendadak setiap hari.

Apa yang mungkin membuat rakyat Palestin tergelak kecil dalam hati mereka ialah apabila warga Israel menunjukkan kemarahan terhadap arahan Shin Bet (ISA), Agensi Keselamatan Dalaman Israel yang akan menggunakan “medium digital” untuk mengesan mereka yang menghidap virus atau sesiapa yang pernah mendekati mereka secara fizikal.

Semua ini hanyalah sementara yang dijangka akan berjalan selama tujuh hari dengan kemungkinan untuk dilanjutkan tetapi keadaan ini apalah dibandingkan dengan yang dijalani oleh rakyat Palestin yang setiap gerak-geri mereka diintip.

Distopia-19

Sudah tentu, masih wujud perbezaan antara penderitaan di Israel dan Palestin. Walaupun virus korona memuncak, penduduk Israel tidak akan dihina atau dipukul di depan anak-anak atau ibu bapa mereka.

Tiada tentara asing akan menyerang rumah mereka pada tengah malam tanpa alasan yang kukuh. Tiada siapa yang akan mengheret mereka dari tempat tidur. Tiada siapa yang akan menangkap mereka tanpa perbicaraan. Tiada sesiapa akan menyoal si anak mereka dan memenjarakan mereka kerana melanggar perjanjian antarabangsa yang dianggotai oleh Israel sendiri.

Malah dalam distopia virus korona terburuk di Israel, tidak akan ada kehadiran penembak tepat yang bersedia untuk menembak beratus-ratus penunjuk perasaan, seperti yang mereka lakukan di sempadan Gaza selama beberapa bulan ini.

Rumah Israel tidak akan dibom dari udara dan padang mereka tidak akan disembur dengan racun, seperti yang berlaku di Gaza. Ia hanyalah perintah sementara di bawah keadaan yang munasabah dan dengan matlamat yang jelas.

Walaupun karma sepertinya sedang berjalan, distopia virus korona di Israel adalah utopia yang menjadi impian setiap rakyat Palestin yang telah dikurung dalam negara sendiri sepanjang hidup mereka.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close