Teknologi

Black Shark Bina Aksesori Penyejuk Untuk Semua Rekaan Telefon Pintar

Kepada pemain permainan video mudah alih yang ‘hardcore‘, Black Shark ada berita baik untuk anda.

Black Shark, sebuah pembangun telefon pintar permainan video telah melancarkan aksesori penyejuk untuk semua jenis telefon pintar.

Black Shark FunCooler Pro didatangkan dengan teknologi penyejuk Thermoelectric Cooling menggunakan Peltier Effect yang mampu menyejukkan sekaligus meletakkan suhu telefon pada kadar yang sesuai.

Ia mampu menurunkan suhu sehingga 14 darjah celcius dalam masa seminit.

Dengan rekaan klip boleh ubah, ia mampu digunakan pada semua jenis telefon Android mahupun iPhone menggunakan aplikasi khusus yang boleh mengawal kadar suhu.

Kabel pengecas aksesori ini berada dibahagian tengah dan ia tidak terhalang dengan penggunaan tangan ketika bermain dan ia perlu disambungkan pada sumber kuasa berasingan seperti power bank ataupun plug elektrik.

Sungguhpun begitu, aksesori ini akan basah dan berair. Jadi telefon dengan yang dibina kalis air atau mempunyai pelindung IP68 adalah lebih sesuai.

FunCooler Pro ini akan ditawarkan secara eksklusif melalui Shopee bermula 24 Mac lalu pada harga RM199.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close