EventsSukanTeknologi

Pelumba F1 Teruskan Perlumbaan Dalam Virtual Grand Prix

Bagi memenuhi jadual perlumbaan yang telah tertunda seperti di Monaco dan China, pihak Formula 1 telah memperkenalkan sebuah kejuaraan baru berbentuk esukan iaitu F1 Esport Virtual Grand Prix.

Perlumbaan ini distrim secara langsung di laman YouTube rasmi Formula 1, Twitch, Facebook serta laman web rasmi dan ia disertai oleh pelumba F1 dan F2 sendiri dan beberapa tetamu jemputan.

Grand Prix ini diadakan bagi memenuhi ‘keinginan’ peminat F1 menonton satu perlumbaan ketika wabak Covid-19 membimbang warga seluruh dunia.

Perlumbaan dimain menggunakan permainan video Formula 1 dan mereka berlumba di litar Bahrain dengan 14 pusingan, separuh dari jumlah pusingan di dalam grand prix sebenar.

Pelumba Formula 2, Guanyu Zhou muncul juara sulung grand prix ini. “ia (perlumbaan ini) menyerupai seperti yang sebenar”.

Biarpun dia mengaku terdapat perbezaan ketara seperti tidak berada di dalam jentera Formula 1 yang sebenar.

Bagi yang terlepas, sedutan menarik perlumbaan tersebut di saluran YouTube rasmi Formula 1 sementara menantikan Grand Prix Melbourne yang seterusnya 2 minggu akan datang.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close