Gaya HidupPercutian

Orang Laut, Permata Tersembunyi Negeri Johor

Kadang kala kita tinggal senegeri mahupun senegara tetapi tidak sedar dengan kewujudan kepelbagaian budaya yang ada di negara kita.

Mungkin ramai tidak sedar dengan kewujudan Pusat kebudayaan Seletar di Kampung Sungai Temon yang terletak di Taman Perling, Johor Bahru.

Sumber Imej: iamcourageousheart.blogspot.com

Ia merupakan permata tersembunyi di dalam negeri ini dan jarang ditonjolkan kepada orang ramai – kehidupan Orang Laut yang juga dikenali sebagai Orang Seletar, salah satu puak orang asli yang berada di negeri Johor.

Di sini terdapat sebuah pusat kebudayaan berkeluasan 232 kaki persegi yang ditubuhkan dengan kerjasama orang kampung serta Persatuan Sains Marin Malaysia (MSMS) dengan dana sebanyak RM60,000 daripada Kemudahan Alam Sekitar Global.

 

 

Projek Bersama Persatuan & Tok Batin Kampung

Projek ini pada awalnya diketuai oleh ketua projek MSMS, Mendiang Choo Chee Kuang, serta tok batin Kampung Sungai Temon, Salim Palun.

Di pusat kebudayaan ini terdapat gambar-gambar kesukaran yang dihadapi oleh orang asli di sana akibat pembangunan yang marak di daerah Iskandar Malaysia.

Kini pusat tersebut dikelola oleh anak ketiga Salim, Jefree.

 

Terkenal Di Kalangan Pelajar, Saintis & Pelancong Luar Negara

Menurut Jefree pusat tersebut merupakan lokasi terkenal untuk pelajar dan juga saintis pemuliharaan alam sekitar untuk menjalankan kajian marin serta kajian populasi Orang Seletar.

“Kami menawarkan orang ramai untuk mengunjungi kampung kami bermula daripada galeri sebelum menaiki bot mengelilingi Danga Bay dan seberang Kampung Bakar Batu.

Sumber Imej: Facebook SeletarCulturalCenter

“Pelancong kemudiannya akan dibawa ke hutan bakau untuk melihat tempat pembiakan ikan, ketam bangkang dan juga udang,”kata Jefree kepada TheStar.

Jefree berkata pakej pelancongan yang ditawarkan oleh mereka akan diakhiri dengan tarian kebudayaan yang memaparkan lagu mereka serta hasil kraftangan Orang Seletar di galeri.

“Di galeri ini juga memaparkan peta yang menunjukkan cerita disebalik Orang Seletar serta replika kasut but tradisional serta alat memburu kami,” tambah Jefree yang mahu memastikan budaya Orang Seletar dikekalkan melalui pusat kebudayaan ini untuk generasi muda tidak melupakan asal usul mereka.

 

Satu-Satunya Pusat Kebudayaan Diuruskan Oleh Orang Kampung Sendiri

“Ini merupakan satu-satunya pusat kebudayaan Orang Seletar yang diuruskan oleh orang kampung sendiri. Terdapat satu lagi di Selangor tetapi ia diuruskan di bawah kerajaan negeri,” kata Jefree.

“Kesemua hasil wang daripada pakej pelancongan serta aktiviti yang dijalankan di pusat kebudayaan ini akan digunakan untuk memastikan galeri ini kekal kerana ia dibina menggunakan kayu dan memerlukan penjagaan berterusan,” katanya yang menambah bahawa galeri ini mendapat kunjungan orang daripada pelbagai negara seperti Australia, Germany, Thailand, Indonesia, Taiwan dan Singapura.

Galeri Pusat Kebudayaan Seletar ini dibuka setiap hari dariapda jam 11pagi hingga 10 malam.

Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi Jefree di talian 019-6450300.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close