Bisnes & Ekonomi

Perniagaan Ini Bantu Orang Yang Tidak Tahu Nak Buat Apa Pada Hujung Minggu

Kebanyakan kita yang tinggal di bandar akan dihabiskan dengan berkunjung di mall atau lepak, makan dan minum bersama rakan dan keluarga.

Namun untuk Bryan Tan Ter Wei, pengasas bersama dan juga Pengarah Urusan MyWeekendPlan telah mendapati bahawa ramai yang mahu mencari aktiviti yang tidak membuat mereka tertekan dan pada masa yang sama mendapatkan kemahiran baharu.

 

Kursus Untuk Tingkatkan Kemahiran Diri

Ini telah mengilhamkan Tan untuk menubuhkan syarikat MyWeekendPlan yang mengadakan kelas membuat kuih dan juga kursus pendek yang lain untuk memenuhi keperluan orang ramai yang ingin mendapatkan hujung minggu yang bermanfaat.

Mereka juga mengadakan latihan untuk kumpulan yang mahu latihan pemantapan kumpulan.

“Terdapat permintaan yang tinggi dalam minat ke atas kemahiran memasak, kraftangan rumah serta bercucuk tanam dan kami rasakan kenikmatan dalam bersama menyemarakkan kemahiran tersebut dan menghasilkan kreativiti sendiri,” kata Tan.

 

Pengalaman Buat Dirinya Terdorong Untuk Idea Ini

Tan turut berkongsi dengan TheStar pengalamannya sewaktu bekerja di Singapura sebagai jurutera di mana persekitaran di sana mempunyai persaingan yang tinggi yang membuatkan kerja harian menjadi sangat tertekan.

Salah satu perkara yang dilakukan oleh Tan untuk melepaskan tekanan tersebut ialah dengan ke perpustakaan.

“Pengalaman untuk ke perpustakaan untuk melegakan tekanan merupakan pengalaman baharu untuk saya tetapi di Singapura, ia merupakan sesuatu yang biasa. Mereka juga mencari aktiviti untuk membantu mereka meningkatkan kemahiran serta ilmu pengetahuan,” kongsi Tan.

 

Ahli Keluarga Inspirasinya

Walaupun Tan merupakan orang utama disebalik perniagaan ini tetapi orang yang mengispirasikannya untuk memulakan perniagaan ini ialah kakaknya.

Apabila Tan kembali ke Malaysia pada tahun 2013, Tan memulakan syarikat pemasaran digital bersama beberapa orang rakan perniagaan. Sewaktu itu adiknya telah menyuarakan keinginan untuk mengambil kursus untuk meningkatkan kemahirannya dalam membuat kuih.

Tan mencari kursus seperti itu di atas talian tetapi kebanyakan informasi yang didapatinya adalah lama atau sukar untuk diyakini.

Dia yang yakin terdapat ramai lagi orang muda bekerja sepertinya, Tan memulakan MyWeekendPlan untuk membantu mereka mencari aktiviti serta latihan kemahiran yang boleh mengisi masa lapang mereka.

 

Masih Terdapat Ruang Memperbaiki Syarikat

Tan mengaku bahawa MyWeekendPlan masih belum matang sepenuhnya dan masih dalam usaha memperbaiki tetapi ia telah menjadi sebuah usaha yang berbaloi untuk orang ramai berinteraksi dan mendapatkan aktiviti yang mampu meningkatkan kemahiran diri.

Setiap perniagaan sudah pasti ada masalah tersendiri.

Sudah tentu apabila syarikat menawarkan perkhidmatan berbayar, sudah pasti pelanggan akan meletakkan harapan tinggi terhadap kursus yang ditawarkan dan ia sudah pasti akan membuat dirinya tertekan.

 

Masalah Perniagaan Kursus Pendek

Tan juga sempat memiliki masalah mencari pelatih untuk kursus yang ditawarkan. Ini kerana kebanyakan pelatih yang bersama mereka ketika itu merupakan pekerja sambilan, ia adalah sukar untuk dirinya mengawal mereka.

“Kami mempunyai masalah seperti pembatalan di saat akhir dan juga terdapat pelatih yang tidak muncul tanpa khabar berita,” luah Tan.

Ini telah membuat mereka mengambil pelatih sepenuh masa.

“Dengan mengambil pelatih di bawah syarikat, kami boleh menguasai keadaan dan mengurus jadual, acara dan juga tahap profesinalisme,” jelas Tan.

 

Pelbagai Kursus Ditawarkan

Seiring dengan waktu, syarikat ini juga berkembang dengan menambah lebih banyak kursus dan pindah ke tempat yang lebih besar sekali gus membolehkan mereka mendapatkan peralatan serta kemudahan yang lebih baik.

Kursus yang ditawarkan termasuk kemahiran asas bersolek, mengambil gambar, yoga dan juga kelas memasak yang lebih bervariasi.

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak permintaan dariapda sektor korporat untuk mengadakan kelas seperti ini. Syarikat korporat terutamanya dari sektor perbankan melihat aktiviti alternatif seperti ini mampu menjaga kebajikan pekerja dan ia juga sesuai untuk acara ‘team bulding’.

 

Kebanyakan Pelanggan Daripada Syarikat Korporat

Malah acara korporat ini menyumbang keapda 70% keuntungan syarikat MyWeekendPlan. Harga yang ditawarkan oleh mereka bermula daripada RM150 hinggga RM480 untuk satu orang.

Tan berkata kebanyakan kursus yang ditawarkan mereka ini telah membuat para peserta mencuba hobi baharu disamping mendapatkan kemahiran baharu. Malah ada yang menjadi batu loncatan untuk mereka mulakan perniagaan mereka sendiri.

Di samping itu, Tan juga masih meneruskan perniagaannya dalam memberi perkhidmatan pemasaran digital serta email bagi pelanggan yang sedia ada tetapi Tan berharap dia boleh mengembankan lagi MyWeekendPlan dengan hasrat untuk mengembang lagi gaya hidup kreatif serta segmen kemahiran hidup.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close