EropahPolitikSukan

Presiden Wanita Pertama Greece Menghantar Mesej Sewaktu Penyerahan Obor Olimpik

Parlimen Greece mengangkat hakim kanan dengan kepakaran dalam undang-undang alam sekitar dan perlembagaan sebagai presiden wanita pertama negara itu pada bulan Januari lalu akhirnya mengangkat sumpah seperti yang dirancangkan pada 13 Mac kelmarin.

Ekaterini Sakellaropoulou, 63, dipilih selepas undian majoriti 261 daripada 300 anggota Parlimen memihak kepadanya dan mengangkat sumpah dihadapan ketua gereja Orthodox Greece, Archbishop Ieronymos.

 

Janji Presiden Pertama Greece Untuk Rakyatnya

Beliau berjanji akan memelihara sempadan negara dan mempertahankan hak asasi manusia dan pada masa yang sama memberi amaran kepada rakyat Greece untuk mematuhi arahan kesihatan terutamanya apabila dunia berdepan dengan perang melawan Covid-19.

Di Greece, sebanyak lebih 450 kes berhubung Covid-19 dilaporkan setakat ini dan Ekaterini yang juga dikenali sebagai Katerina berjanji untuk “berjalan bersama” dengan warga Greece untuk menghasilkan masa depan yang lebih “makmur” dan “kosmopolitan” yang termasuk semua orang.

Katerina Sakellaropoulou, wanita pertama menjadi Presiden Greece setelah mencatatkan sejarah mendapat undian majoriti tertinggi di Parlimen. Sumber Imej: ELLE

Katerina telah mengemukakan beberapa kepentingan untuk ditanganinya seperti krisis ekonomi, perubahan cuaca dan migrasi besar-besaran.

Katerina yang berasal dari bandar utara Xanthi juga merupakan wanita pertama yang mengetuai Majlis Negara, mahkamah pentadbiran tertinggi di Greece.

Anak perempuan kepada Hakim Mahkamah Agung itu menamatkan pengajian pasca siswazahnya di Universiti Sorbonne, Paris.

Sebelum ini, Sakellaropoulou banyak menulis tentang perlindungan alam sekitar dan mempengerusikan aktiviti masyarakat berkaitan undang-undang alam sekitar.

 

Tugas Presiden Greece

Di Greece, presiden merupakan komandan dan ketua negara tetapi ia sebenarnya lantikan nominal. Presiden Greece mengesahkan kerajaan dan undang-undang dan secara teknikal mempunyai kuasa untuk melancarkan peperangan tetapi ia hanya boleh dilakukan dengan kelulusan kerajaan.

Pihak kerajaan Greece telah menutup sekolah, universiti, padang permainan, panggung wayang, gim dan tempat awam untuk dua minggu sebaik sahaja terdapat laporan kematian berkenaan Covid-19.

 

Obor Olimpik Sudah Mengelilingi Greece

Semalam obor Olimpik telah berjaya mengelilingi Greece, tempat di mana lahirnya sukan berprestij tersebut di mana ia pertama kali dinyalakan.

Katerina berkata perjalanan obor untuk tiba di Jepun adalah sangat jauh dengan keadaan yang kritikal ini.

“Satu pandemik yang belum pernah terjadi adalah ujian masyarakat di seluruh dunia. Upacara penyerahan, walaupun tanpa kehadiran banyak atlet dan juara Olimpik serta ketiadaan orang ramai yang ingin berada di Stadium untuk menontonnya mempunyai simbolisme yang kuat, “katanya.

 

Selamat Kepada Penganjur Jepun Dalam Usaha Menjayakan Olimpik 2020

Beliau sedar bahawa Kejohanan Olimpik bukan sahaja tempat pertemuan pelbagai atlet dari serata dunia tetapi ia merupakan ekspresi usaha berterusan manusia untuk melangkau kemampuan diri.

Ia merupakan cara untuk menunjukkan bagaimana dunia bekerjasama dan memahami serta bersepakat dengan muhibah dan persaudaraan.

Ini meruapakan nilai-nilai yang diilhamkan oleh orang Yunani dan hari ini menjadi senjata kita melawan musuh bersama. Dengan ini kita akan berjuang dan menang, katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Olimpik Yunani untuk membantu memupuk semangat Olimpik dalam masyarakat Yunani dan memberi kata selamat kepada penganjur Jepun dalam usaha mereka menjayakan Olimpik 2020.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close