Gaya HidupKesihatan

Ini Dia Cara Betul Untuk Membersihkan Telefon Bimbit Anda Daripada Kuman

Setelah cuci tangan bersih dengan sabun, perkara yang kita sering pegang sudah tentu ialah telefon bimbit.

Oleh sebab itu adalah penting juga anda membersihkan telefon bimbit kerana kuman juga boleh merebak di atasnya!

Kajian tentang perkara ini telah dijalankan oleh saintis yang menemukan bahawa virus boleh hidup selama dua hingga tiga hari di atas plastik dan bahan keluli tahan karat.

Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan menyarankan untuk membersihkan semua permukaan yang sering disentuh setiap hari termasuk telefon, papan kekunci dan komputer tablet.

 

Bersihkan Dengan Cara Betul Jika Tidak…

Walau bagaimanapun, membersihkan telefon dengan cara yang tidak betul boleh merosakkan alat tersebut.

Anda harus elak kelembapan untuk memasuki alat elektronik serta mencalarkan permukaannya.

Jangan sembuh pembersih secara menerus ke atas telefon ataupun masukkannya ke dalam cecair pembersih.

Semburan menggunakan tekanan udara yang digunakan untuk membersihkan keyboard juga tidak digalakkan dan elak lap menggunakan bahan yang kasar.

 

Cara Betul Untuk Bersihkan Telefon Anda

Sebaliknya anda perlu matikan telefon bimbit terdahulu dan pastikan tiada sambungan wayar masih dipasang serta telefon tidak boleh dalam keadaan dicas.

Gunakan ‘wipes’ yang mengandungi 70% alkohol yang boleh dibeli di farmasi untuk lap telefon.

Lap secara perlahan-lahan supaya permukaan tidak tergores.

Anda juga boleh gunakan kain lembut untuk membersihkan telefon. Contoh kain lembut ialah kain pembersih ‘microfibre’ atau kain yang sama digunakan untuk membersihkan cermin mata mahupun lensa kamera.

Selain itu, anda boleh celupkan kain atau tisu dapur dengan sabun dan air tetapi pastikan kelembapan tidak memasuki telefon anda.

Menurut AP, Samsung bakal memberi perkhidmatan ‘phone-sanitising’ secara percuma yang bakal dikembangkan ke seluruh dunia dalam waktu terdekat.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close