AntarabangsaIsu Semasa

Gadis 12 Tahun Buka Perpustakaan Di Kawasan Termiskin & Cabar Datuk Bandar ‘Apa Je Yang Anda Telah Lakukan Selama Sepenggal?’

“Saya tidak membaca buku, saya menikmatinya,” kata Lua, gadis berusia 12 tahun sambil memegang buku baharu Nelson Mandela.

Lua yang mendirikan sebuah perpustakaan di kawasan termiskin di Brazil iaitu di kejiranan Rio de Janeiro bernama Tabajaras – sebuah kawasan yang bukit yang memandang daerah kejiranan yang cantik Copacabana dan Botafogo.

 

Mengenal Dunia Daripada Buku

Dalam sebuah ruang kecil di dalam pusat komuniti, Lua menyimpan 18,000 koleksi buku dan berharap ia dapat membantu penduduk dan masyarakat di situ untuk berhubung dengan dunia.

Perpustakaan yang diberi nama “Dunia Lua” atau Mundo da Lua juga memiliki ruang santai dengan bantal yang dikelilingi oleh buku yang penuh di rak.

Lua di dalam perpustakaan yang didirikannya di pusat komuniti kejiranan. Sumber Imej: thejakartapost

Nama samarannya Lua itu bermakna ‘bulan’ dalam bahasa Portugis ini memiliki keperibadian yang utuh dan pernah berkata kepada Datuk Bandar Rio,

“Saya yang berusia 12 tahun ini sudah melakukan lebih banyak perkara untuk kejiranan saya daripada apa yang anda telah lakukan untuk keseluruhan penggal anda,” dalam sebuah video kepada pastor Marcelo Crivella yang dimuatnaik atas talian.

 

Mendengar Seorang Ibu Tidak Dapat Membeli Buku Untuk Anaknya Memaksanya Untuk Buat Sesuatu

Idea Lua atau nama sebenarnya Raissa Luara de Oliveira untuk mendirikan perpustakaan ini terinspirasi sejak enam bulan lalu apabila Lua menghadiri sebuah pesta buku.

“Saya melihat seorang ibu berkata kepada anak perempuannya bahawa dia tidak mampu untuk membelikan buku yang berharga tiga reals (RM2.60),”ceritanya kepada AFP.

“Saya berkata kepada diri saya sendiri ‘Saya harus melakukan sesuatu’.”

Dengan diam-diam dan menggunakan telefon bimbit neneknya, Lua menghantar postingan di Facebook meminta derma buku.

Lua juga menyamar sebagai neneknya dan menghantar mesej kepada Naib Presiden kepada persatuan masyarakat tempatan untuk memberinya sebuah ruang untuk membina perpustakaan.

 

Kantoi!

Wanita tersebut dengan secara terusnya meneka bahawa orang yang mengirim mesej tersebut ialah Lua tetapi beliau bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Jika anda mengelolakannya, saya bersetuju,” kata Vania Ribeiro membalas mesej Lua.

“Apabila saya dapat tahu bahawa Lua membuat semua perkara ini dibelakang saya, saya memarahinya,” luah nenek Lua, Fatima, 60 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dan menjaga Lua sejak dari bayi.

“Tetapi setelah semua itu, saya menyokong sepenuhnya,” tambah nenek yang Lua panggil “mum” (ibu).

Video mesej Lua yang bersahaja dan ceria telah menjadi viral hingga beliau dijemput untuk hadir di beberapa acara televisyen.

 

Mahu Derma Buku Kepada Orang Lain Pula

Projeknya sangat berjaya apabila beliau menerima 1,500 buah buku setiap minggu, bilangan yang lebih daripada perpustakaan kecilnya boleh tampung.

Di sebalik rak buku di dalam perpustakaannya, Lua juga memiliki beberapa kotak penuh dengan buku yang beliau mahu dermakan kepada projek sepertinya di Rio dan juga kawasan miskin di timur laut Brazil.

“Seorang kanak-kanak lelaki di daerah Piaui telah memberitahu saya telah menginspirasinya untuk membuka sebuah perpustakaan kanak-kanak di bandarnya. Saya telah mengetepikan 500 buah buku untuk dihantar kepadanya tetapi kami memerlukan wang untuk menghantarkan kepadanya. Saya akan menghasilkan sebuah video lagi untuk meminta dana atau bantuan untuknya,” kata Lua.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close