Teknologi

iPad Pro 2020 Dengan Spesifikasi Mampu Ganti Komputer Riba

Dengan teknologi terkini, iPad Pro kini dilihat mampu mengantikan komputer riba dengan semua ciri-ciri yang ada padanya.

Jika mungkin 5 tahun dahulu, siri iPad dilihat hanya sebagai tablet elektronik yang hanya mampu membuka browser internet dan beberapa aplikasi-aplikasi bersesuaian.

Namun, bina iPad Pro terbaru ini mampu menyangkal kenyataan itu kerana ia kini dilengkapi dengan pelbagai teknologi dan komponen yang mampu menjadikan ia sebuah komputer riba.

iPad Pro Dengan Spesifikasi Terbaik Masa Ini

Dibina dengan cip prosessor A12Z Bionic yang mampu melakukan ‘kerja-kerja berat’ seperti sebuah komputer biasa.

Cip ini mampu menyokong memproses aplikasi berat seperti sunting video dengan lebih lancar.

Dengan cip ini juga, permainan video juga mampu dimainkan pada tetapan terbaik dan sebarang masalah besar.

Dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 10 jam, ia membantu pengguna dapat menggunakannya lebih lama apabila dibawa ke mana-mana.

Saiz Dan Skrin Yang Bersesuai Serta Cantik

iPad Pro didatangkan dengan 2 variasi skrin iaitu 11 inci dan 12.9 inci dengan teknologi Liquid Retina Display dengan Pro Motion.

Ia turut menyokong ‘P3 colour gamut’ serta kecerahan sehingga 600 nits.

Pelbagai Aksesori Dibekalkan

Tidak cukup dengan itu juga iPad Pro juga dilengkapi tetapan 3 lensa kamera seperti yang kita lihat pada iPhone 11.

Terdapat 3 lensa padanya iaitu 12MP lensa lebar, 10MP ultra lebar dan lensa ketiga bertindak sebagai LiDAR scanner (Light Detection and Ranging) yang membantu dalam pengambaran seperti AR (Augmented Reality).

Ia juga mudah digunakan dengan model WiFi dan sim-telco yang mampu menerima rangkaian sehingga 5G.

Pelbagai aksesori lain yang menarik pada iPad Pro ini adalah seperti Apple Pencil, Face ID dan papan keyboard magnetik dipanggil ‘Magic Keyboard’ yang unik dengan fungsi tapak yang sedikit terangkat berbeza dari iPad sebelumnnya.

IPad Pro ini kini sudah pun berada dipasaran dengan harga seperti di bawah:

WiFi
11″, 128GB — RM3,499
11″, 256GB — RM3,949
11″, 512GB — RM4,849
11″, 1TB — RM5,749

12.9″, 128GB — RM4,399
12.9″, 256GB — RM4,849
12.9″, 512GB — RM5,749
12.9″, 1TB — RM6,649

WiFi+Sim-Telco
11″, 128GB — RM4,149
11″, 256GB — RM4,599
11″, 512GB — RM5,499
11″, 1TB — RM6,399

12.9″, 128GB — RM5,049
12.9″, 256GB — RM5,499
12.9″, 512GB — RM6,399
12.9″, 1TB — RM7,299

Harga berasing pula untuk Magic Keyboard yang akan tiba pada Mei ini pada harga RM1,349 untuk 11 inci dan RM1,549 untuk 12.9 inci.

Perlu dilihat dengan harga seperti ini anda mampu mendapatkan MacBook Air model rendah atau sebuah PC desktop dengan spesifikasi terbaik.

Namun ia berbalik kepada minat anda untuk menggunakan produk Apple dan lebih memahami sistem operasinya.

Show More

Related Articles

Back to top button