Gaya HidupKesihatanSains

Cuaca Panas Boleh Mengurangkan Jangkitan Covid-19 Tapi..

Jika dilihat daripada statistik negara yang terkena jangkitan virus korona ini, 17 negara teratas merupakan negara sedang berada dalam musim sejuk.

Malah beberapa negara di Asean yang mengalami musim tropika sepanjang tahun tidak memiliki kadar statistik setinggi negara-negara ini.

Saintis berkata ia adalah kemungkinan besar kerana cuaca panas. Walau bagaimanapun, kita yang tinggal di kawasan tropika ini tidak boleh bergantung sepenuhnya terhadap cuaca untuk melawan jangkitan virus ini apatah lagi jika dilihat daripada statistik worldometers.info Malaysia terletak di tangga ke-18 negara paling banyak jumlah kes menghidap Covid-19.

 

Kajian Covid-19 Berhubung Dengan Suhu

Terdapat sekurang-kurangnya dua kajian yang telah mencadangkan bahawa kadar jangkitan Covid-19 ini adalah berhubungan dengan suhu dan musim yang dialami oleh negara berkaitan.

Dalam sebuah kajian yang masih belum diterbitkan secara rasmi, mereka dapati suhu yang tinggi boleh menyebabkan virus tersebut melemah dan berkemungkinan tidak aktif.

Ini mungkin telah menyebabkan mengapa terdapat kurang laporan dikeluarkan oleh negara dengan cuaca panas tetapi memiliki ramai penduduk seperti Indonesia, India dan juga dari benua Afrika berbanding benua yang sedang mengalami suhu di antara 5 hingga 11 darjah celsius.

Kajian yang dijalankan oleh pasukan saintis dari Institute of Human Virology di Maryland, Amerika Syarikat sempena Global Virus Network, kajian tersebut dicadang berdasarkan jumlah laporan yang diterima di seluruh dunia.

 

Corak Covid-19 Sama Dengan SARS dan MERS

Mereka juga berkata corak Covid-19 juga adalah lebih kurang sama seperti virus korona lain iaitu SARS dan MERS yang telah membuktikan bahawa ia sensitif terhadap suhu tinggi.

Panji Hadisoemarto, pakar kawalan jangkitan penyakit dari Universiti Padjajaran masih meragui kajian tersebut yang berkata jangkitan penyakitan tersebut berhubung dengan suhu.

Panji berkara suhu hanya boleh mengurangkan transmisi tersebut tetapi ia berkemungkinan besar tidak akan menyebabkan jangkitan itu berhenti.

“Saya sangat yakin bahawa penyebaran secara hubungan langsung memainkan peranan besar dalam wabak ini,” kata Panji.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close