Isu SemasaSukan

Wrestlemania 36 Mungkin Lakar Sejarah Dalam Pengendalian oleh WWE

Wabak Covid-19 kini semakin menular dan ia telah menyebabkan berbilion kerugian kepada semua warga dunia buat masa ini.

Dengan penularan wabak ini ke Amerika Syarikat, ia juga turut menjejas kualiti perkhidmatan penyiaran program gusti hiburan profesional, WWE.

Perkara ini menyebabkan World Wrestling Entertainment perlu mengambil keputusan paling berat mereka berhubung acara terbesar tahunan mereka Wrestlemania 36 yang dijadualkan akan berlangsung 6 April ini di Tampa Bay, Florida.

Pihak WWE telah pun memutuskan untuk meneruskan acara ini namun ia akan berlangsung tanpa penonton di pusat latihan mereka, WWE Performance Centre di Orlando, Miami melalui pengumuman mereka semalam.

Setelah diambil kira pelbagai sudut, keputusan diambil bagi meneruskan jadual mereka dan ‘jalan cerita’nya yang telah disusun berbulan lamanya.

Tindakan juga diambil bagi terus memberikan hiburan kepada peminat WWE walaupun tanpa kehadiran mereka di stadium.

WWE telah mula mengambil langkah ini sejak penyiaran program Smackdown pada Jumaat lalu dengan meneruskan progam tanpa penonton dan hanya personel tertentu sahaja yang terlibat.

Program Raw pada 16 Mac lalu juga dijalankan dengan format yang sama.

Pelbagai reaksi negatif dan positif yang dilahirkan oleh peminat WWE dan netizen di mana ada yang merasakan acara terbesar tahunan itu pada ditunda atau dibatalkan sahaja.

Namun masih ada warganet yang memahami situasi ini dengan mengambil kira status yang tidak dijangka wabak ini serta kerugian yang bakal ditanggung pihak WWE.

Pihak pengurusan stadium Raymond James, Tampa Bay melahirkan rasa kesal kerana tidak dapat meneruskan acara di setelah pelbagai persiapan telah dilakukan. Namun mereka akur dan meletakkan keselamatan semua orang terlebih dahulu di dalam perkara ini.

Setakat ini pihak WWE akan meneruskan dengan tindakan mereka dan jika ia berlaku, ia adalah sejarah pertama buat mereka mengadakan acara terbesar mereka sekecil ini.

Show More

Related Articles

Back to top button