Gaya HidupIsu SemasaKesihatanTempatan

Memahami Cara Pemeriksaan Covid-19 Dilakukan Di Malaysia

Sejak kebelakangan ini kes Covid-19 meningkat secara mendadak terutamanya apabila ia telah melibatkan laporan lebih 14,500 jemaah yang mengikuti perhimpunan tabligh yang diadakan di sebuah masjid di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Jumlah orang yang terpaksa Kementerian Kesihatan Malaysia hadapi belum lagi dikira orang yang risau dengan keadaan kesihatan mereka kerana berada di dalam bangunan atau bilik mesyuarat yang sama dengan orang yang sudah disahkan positif Covid-19.

 

Jangan Panik & Penuhkan Klinik Kesihatan

Malah menurut kementerian, terdapat sebuah syarikat yang telah menghantar sebuah bas penuh dengan pekerja syarikat mereka untuk menjalankan ujian dan hasil mereka semua disahkan negatif.

Terlalu ramai orang yang mahu diri mereka diperiksa di pusat kesihatan membuatkan orang yang benar-benar memerlukan pemeriksaan yang sebetulnya tidak dapat melakukan hal tersebut, kata Dr. Chong Chee Kheong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam).

“Orang ramai seharusnya tidak berpusu-pusu datang ke pusat kesihatan kerana ketakutan,” nasihat Dr Chong.

Ini penting terutamanya apabila keadaan semakin meruncing dengan tambahan pesakit yang dihadapi oleh pihak klinik kesihatan serta hospital.

 

Buat Saringan Diri Dahulu

Walaupun pihak kementerian boleh menyaring pesakit dengan menjawab beberapa soalan di klinik mahupun klinik atas talian (virtual clinic), pemeriksaan Covid-19 yang dijalankan dengan mengambil sampel tekak hanya akan dilakukan jika pesakit memiliki kriteria di bawah siasatan (PUI) dan juga hubungan kontak secara langsung, kata Dr Chong.

PUI hanya bagi mereka yang memiliki simptom dan telah pulang daripada negara terinfeksi manakala kontak rapat pula adalah mereka yang telah menjalani kontak yang disahkan oleh pesakit Covid-19.

 

Apakah Kriteria ‘Kontak Rapat’ Tersebut?

Dr Chong berkata cadangan yang diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan Penyakit di Atlanta, Amerika Syarikat (CDC) adalah berbeza.

Ini kerana kontak rapat yang dikeluarkan oleh WHO ialah pada jarak satu meter manakala CDC mendefinasikan dua meter dan juga pendedahan selama 15 minit dengan pesakit disahkan Covid-19 sebagai kontak rapat.

“Namun jika dalam waktu satu minit dan pesakit telah batuk dan bersin, ia merupakan kontak rapat,” katanya yang menjelaskan kriteria yang diambil oleh pihak kementerian.

“Kami cuba untuk tidak terlalu mengikuti secara ketat kerana kami juga harus boleh menggunakan penilaian sendiri.”

 

Dalam Satu Bilik Mesyuarat Tidak Semestinya “Kontak Rapat”

Dr Chong menambah bahawa dalam sebuah bilik mesyuarat, tidak semua akan diperkirakan sebagai “kontak rapat” dan hanya mereka yang tergolong dalam kriteria selalunya merupakan dua peringkat manusia yang duduk atau berdiri berdekatan mereka yang disahkan kes Covid-19.

“Kami menekankan kepada kontak rapat dan bukan kontak bersahaja. Ini kerana cara penyebaran Covid-19 adalah merupakan cecair,” jelas Dr Chong.

Ujian tidak wajib dijalankan bagi mereka yang tidak memenuhi kriteria tersebut kerana ujian yang telah kementerian jalankan sebelum ini ke atas orang-orang ini telah menunjukkan hasil negatif tetapi pada masa yang sama mereka dinasihatkan untuk mengkuarantinkan diri sekiranya perlu.

 

Virus Tidak Boleh Hidup Lama

“Virus tersebut tidak boleh hidup lama di luar badan manusia dan ia dengan mudah akan mengering serta tidak aktif jika terkena panas. Malah ia boleh musnah apabila terkena disinfektan yang sering digunakan untuk pembersihan permukaan.

Untuk mengurangkan kepadatan di 57 klinik kesihatan yang menawarkan saringan, pihak kementerian menggalakkan orang ramai untuk melayari laman web dan menekan butang “Tanya Doktor” untuk bertanya tentang Covid-19.

 

Ada Pertanyaan Tentang Covid-19?

Jika anda memiliki sebarang pertanyaan tentang Covid-19 tentang sama ada seseorang itu perlu menjalankan saringan atau tidak, orang ramai boleh menghubungi talaian 03-88810200 atau 03-88810600 atau 03-88810700.

Anda juga boleh menghubungi pegawai kesihatan di kawasan anda untuk pertanyaan lanjut.

Bagi mereka yang tidak memerlukan saringan tetapi masih risau, pihak kementerian telah bekerjasama dengan pihak swasta untuk doktor datang ke rumah dan mengambil sampel pesakit yang khuwatir dirinya terkena jangkitan Covid-19.

Walau bagaimanapun, pelanggan perlu menyediakan RM700 untuk kos pengangkutan bergantung kepada jarak pelanggan.

Jika anda mahu mendapatkan maklumat lanjut tentang jaringan swasta ini, pihak kementerian bekerjasama dengan 11 pihak yang ingin bekerjasama dengan pelanggan dan alamat pihak bertanggungjawab terdapat pada laman web kementerian.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close