EropahPolitik

Orang Islam Pertama Calon Datuk Bandar Yang Didominasi Orang Kristian

Dengan janggut yang dirapi, pakaian kemas serta senyuman lebar, Ozan Iyibas, kelihatan seperti seorang ahli politik biasa yang tekad mahu memenangi pilihan raya di sebuah wilayah terletak di selatan Jerman.

Berusia 37 tahun, beliau menjadi antara orang Islam pertama yang bertanding atas tiket parti Kesatuan Sosial Kristian (CSU), di rantau yang diduduki majoritinya pengikut Katolik.

Beliau yang merebut jawatan Datuk Bandar di Bavaria, Jerman, iaitu sebuah wilayah didominasi orang Kristian itu telah menghasilkan gelombang gempa bumi kecil terhadap orang ramai.

 

Orang Islam Bertanding Di Bawah Tiket Kesatuan Sosial Kristian?

“Saya tidak lihat pilihan saya ini menimbulkan percanggahan. Ia hanya membabitkan persoalan nilai. Nilai agama saya begitu rapat dengan orang Kristian,” katanya.

Menurut Iyibas yang berasal dari Turki dan seorang penganut Alevism iaitu aliran Islam sekular, beliau dibesarkan supaya dapat mengadaptasi dengan persekitaran majoriti Katolik sejak usia muda lagi.

Ketika kecil, beliau sering mengikuti ibunya ke gereja supaya mempelajari sekali gus memahami nilai agama lain sebagai satu cara perkongsian nilai apabila tinggal di negara sama.

 

Sering Ke Gereja Tetapi Tidak Bermakna Bukan Islam

“Sejak saya kecil lagi, ibu membawa saya ke gereja dan saya pernah bertanya kenapa? Ibu pun jelaskan tujuan kami ke gereja.

“Kata ibu, apabila kita tinggal bersama-sama, kita perlu memahami dan berkongsi nilai negara ini. Dan itulah yang saya lakukan,” katanya.

CSU adalah parti sekutu kepada Kesatuan Demokratik Kristian (CDU) yang mana Canselor Jerman, Angela Merkel adalah ketua parti CDU.

Berdasarkan rekod, CDU mempelopori tampuk kekuasaan di Bavaria sejak akhir Perang Dunia Kedua lagi.

 

Menang Atau Tidak?

Walau bagaimanapun, Ozan Iyibas tidak memenangi kerusi Datuk Bandar tersebut apabila kalah dengan mantan Datuk Bandar tersebut yang bakal meneruskan tugasannya sebagai Datuk Bandar yang memenangi 50.66% undian.

Ozan Iyibas yang berjaya mendapatkan 21.76% undian sewaktu pemilihan yang berlangsung pada 16 Mac 2020.

Show More

Related Articles

Back to top button