Gaya Hidup

Belian Panik: Kenapa Tisu Tandas Jadi Rebutan?

Jika berlaku sesuatu musibah, rak pasar raya akan kosong terutama di bahagian tisu tandas. Penularan wabak covid-19 juga menyaksikan kejadian ini berlaku akibat daripada pembelian panik.

Tapi pernahkan anda terfikir, dalam pelbagai barangan keperluan, mengapakah tisu tandas menjadi rebutan?

Menurut pakar, jawapannya terletak pada teori permainan: Jika semua orang membeli hanya apa yang mereka perlukan, tidak akan ada kekurangan. Sekiranya sesetengah orang mula  panik, strategi yang optimum adalah untuk anda mengikutinya, untuk memastikan anda mempunyai stok yang cukup.

Tetapi ini tidak menjelaskan sepenuhnya mengapa tisu tandas menjadi rebutan. Ia tidak dapat menyelamatkan anda daripada jangkitan.

“Saya fikir orang awam mungkin terpengaruh dengan ¬†imej-imej dramatik di media sosial kerana ia agak jelas bahawa semua orang membelinya. Jadi, orang membeli tisu tandas sebagai simbol keselamatan,” Prof Steven Taylor, pengarang The Psychology Of Pandemik memberitahu AFP.

“Orang merasa perlu melakukan sesuatu untuk menjaga diri dan keluarga mereka kerana apa lagi yang boleh mereka lakukan selain mencuci tangan dan mengasingkan diri?” tambah profesor psikiatri di Universiti British Columbia itu.

MENGAWAL KEADAAN

Ahli ekonomi juga mencadangkan orang awam mungkin cuba untuk menghapuskan satu risiko dengan mudah atau murah berbanding daripada melakukan sesuatu yang lebih mahal untuk mengurangkan risiko mereka.

Ini dikenali sebagai “Nisbah sifar risiko”.

“Saya merasakan bahawa orang ramai mahu merasakan mereka telah mengawal keadaan walaupun dengan bajet yang rendah,” kata Dr Farasat Bokhari, ahli ekonomi kesihatan di University of East Anglia di Britain.

“Jadi kita cenderung untuk membeli sesuatu yang murah untuk dibeli, yang boleh disimpan dan boleh digunakan dalam jangka masa panjang,” katanya.

Item yang lebih mahal tetapi perlu dibeli adalah makanan yang tidak mudah rosak tetapi jika makanan beku, makanan dalam tin dan ramen bukanlah kegemaran anda, anda mungkin perlu berbelanja untuk makanan yang lebih mahal.

Menurut Prof Taylor, banyak tingkah laku yang kita lihat sekarang juga berlaku dalam pandemik sebelumnya, termasuk selesema Sepanyol pada tahun 1918, yang membunuh hampir 700,000 orang Amerika dan menghantar penduduk yang panik ke kedai-kedai dan farmasi untuk menimbun barangan.

Sesetengah orang pada masa itu bahkan mewujudkan teori konspirasi virus itu mungkin merupakan senjata bio yang dirancang oleh Jerman. Covid-19 pula telah dipanggil senjata China atau Amerika, bergantung kepada siapa yang membuat tuduhan tersebut.

Satu perbezaan utama antara pandemik semasa dan yang sebelum ini adalah kehadiran media sosial. Pandemik selesema babi pada tahun 2009 berlaku ketika media sosial masih agak baru dan Prof Taylor melihat kedua-dua kebaikan dan keburukan media sosial dalam era pandemik.

“Ini membolehkan imej dan video dramatik tersebar di seluruh dunia, menimbulkan rasa ancaman dan panik orang ramai,” katanya.

Sebaliknya, “media sosial boleh menjadi sangat baik untuk sokongan sosial, terutamanya jika anda berada dalam pengasingan diri,” kata Prof Taylor.

Show More

Related Articles

Back to top button