Bisnes & Ekonomi

Mempelajari Cara Sang “Puteri” Menyelamatkan Syarikat

Jenama yang diberi sempena dirinya 30 tahun yang lalu oleh sang ayah sempat mahu dijual tetapi Ambiga Paramasalam sempat membuktikan bahawa dia mampu membantu ayahnya untuk meneruskan syarikat keluarga tersebut.

 

Cuba Menghalang Ayah Daripada Jual Syarikat

“Di akhir semester, tiba-tiba ayah saya berkata terdapat banyak tawaran yang mahu membeli syarikat dan ayah mahu menjualnya. Saya sangat terkejut. Syarikat itu dekat di hati dan saya tidak mahu ia diambil alih oleh orang lain kerana saya membesar dengannya,” cerita Ambiga.

Walaupun Ambiga telah merancang untuk mendapatkan pengalaman kerja di tempat lain sebelum meneruskan perniagaan ayahnya, rancangan tersebut terpaksa dihentikan.

Ambiga terus mencari jalan memperbaiki syarikat APS-Manja Sdn Bhd dengan mempelajari selok-belok perniagaan bagi membolehkan syarikat tersebut terus menjadi milik keluarga.

Akhirnya ayah Ambiga akur apatah lagi kerana syarikat tersebut sememangnya hasil titik peluhnya sendiri.

 

Bagaimana Sang ‘Puteri’ Tercipta

Datuk A.P. Sivam telah berminat dengan pes cili sewaktu membantu ayah beliau di kedai runcitnya.

Beliau dapati pes cili ini banyak terdapat di pasar basah tetapi jarang sekali di kedai runcit. Dengan itu beliau lihat terdapat peluang untuk memulakan perniagaan tersebut dan meneruskan niat itu.

Beliau mempelajari teknik membuat pes cili dan di tahun 1982, tahun yang sama lahirnya Ambiga, beliau mula menjual sos cili di bawah jenama Puteri, sempena puteri sulungnya itu.

Tahun demi tahun Datuk A.P. Sivam memerhatikan apa yang ada di pasaran dan mula menambah lagi produk keluaran Puteri seperti kicap soya dan sos tiram.

 

R&D Melalui Produk Lain Di Pasaran

“Kami jarang sekali jumpa produk jenama sendiri di dapur tetapi jenama yang lain pasti ada. Ayah akan cuba dan rasa kesemuanya. Itulah cara ayah melakukan R&D (kajian dan pembangunan).

Beliau akan mempelajari resipi daripada orang lain dan adakalanya mendapat kemasukan daripada pengedar kami. Ayah akan cuba cari produk yang boleh dihasilkan menggunakan mesin yang sama,” kongsi Ambiga kepada StarSMEBiz.

Pada awal perniagaan syarikat Puteri bermula, Ambiga dan dua adik perempuannya akan menghabiskan hujung minggu mereka di kilang. Mereka sangat menggemari kilang kerana boleh membantu dalam pemprosesan, pembungkusan cili, memotong kertas dan banyak lagi.

 

Ambiga Harus Mula Dari Bawah

Namun, membesar dengan perniagaan tersebut tidak bermakna ia memudahkannya untuk mula bekerja apatah lagi beliau bukan sahaja “pekerja baharu” di syarikat tersebut tetapi Ambiga merupakan “anak boss” yang harus belajar dan lakukan apa yang perlu dibuat untuk dihormati di APS-Manja.

“Ayah yang mahukan kami mempelajari semua perkara dari bawah. Jika tidak, kami akan sentiasa bergantung kepada nasihat orang lain,” kata Ambiga yang sudah bersama syarikat milik ayahnya itu sejak 15 tahun yang lalu.

Ambiga telah membawa perubahan kepada syarikat tersebut ke arah pemodenan dan ia juga sesuatu yang mudah apatah lagi harus meyakinkan ibubapanya dan juga pekerja lama untuk menggunakan teknologi baharu.

 

Bantu Syarikat Jadi Lebih Moden

“Ibubapa saya melakukan semua perkara. Mereka sukar untuk memberi tugas kepada orang lain pada ketika itu. Ibu saya pula akan menulis setiap rekod dalam buku lejarnya walaupun komputer sudah digunakan. Ini kerana ibu hanya mempercayai buku lejarnya.

“Akhirnya kami secara perlahan-lahan beralih kepada kerja digital dan automasi. Pada waktu itu, semuanya masih baru mempelajari komputer. Nasib baik saya boleh mengajar mereka tentang komputer dan ini membenarkan saya untuk memberi arahan kepada pekerja lain.

“Automasi telah membantu kami untuk membuat keputusan lebih cepat kerana kami sudah tahu perincian seperti inventori,” jelas Ambiga.

Syarikat pun sudah mula mengambil golongan profesional bekerja yang dapat membantu APS-Manja berkembang maju.

 

Berkembang Pesat

Akhirnya mereka berkembang dan harus berpindah ke sebuah kilang yang lebih besar serta produk perlu dihantar secepatnya dan permintaan semakin meningkat.

Dari kilang di Puchong, mereka berpindah ke Shah Alam tahun lalu. Kilang yang baharu ini memiliki keluasan yang lebih besar dan ia boleh memuat mesin semi-automatik dan teknologi yang lebih canggih.

Ambiga berkata syarikatnya juga sedang bekerja ke arah peralatan yang automasi sepenuhnya.

“Untuk kami berkembang, kami perlukan kemudahan yang lebih baik. Kami perlu bersiap sedia dengan masa depan dan ayah sangat teruja dengan keadaan positif ini serta masih mencari idea pemasaran yang baharu dan menasihatkan kami untuk melihatnya di atas talian.

Beliau kini sedang memperlihatkan pembangunan produk dan masih sangat bersemangat dengan perniagaan ini,” kata Ambiga yang mana ayahnya masih kekal Pengarah Urusan syarikat.

 

Produk Baharu Puteri

Tahun ini Puteri mahu memperkenalkan beberapa produk baharu seperti mayonis dan Ambiga mahu mengembangkan jenama tersebut ke pasaran Timur Tengah.

Ambiga mengakui persaingan adalah sengit dengan pelbagai jenama ada di pasaran namun dia yakin dengan jenama yang kuat, Puteri mampu menyaingi mereka.

Hasilnya, perniagaannya telah meningkat dua kali ganda daripada RM40juta berbanding tahun 2006 di mana nilai syarikat tersebut kurang RM20juta sewaktu ayah Ambiga mahu menjual syarikat tersebut.

Ambiga berkata perniagaan mudah terjejas. Oleh itu penjenamaan itu sangat penting dan mereka harus sentiasa memikirkan cara untuk terus membantu dalam pengeluaran dan perniagaan.

Show More

Related Articles

Back to top button